TIPS UNTUK MEMBUAT RUMAH TAMPAK KEMAS DAN TERATUR.
- Rancang konsep yang anda suka supaya boleh fokus beli barang-barang yang perlu sahaja.
- Kaji selidik dulu harga barang yg mahu dibeli dan buat bajet agar tidak terlebih berbelanja daripada kemampuan kewangan.
- Pilih saiz barang atau perabot mengikut keluasan rumah agar ia bersesuaian dan tidak membuatkan rumah kelihatan sempit .
- Susun atur juga memainkan peranan utama. Kenal pasti fungsi ruang yang hendak diwujudkan itu untuk apa kegunaannya.
- Kalau sudah berkeluarga atau ada anak kecil kurangkan hiasan berkaca atau hiasan yang berisiko tinggi untuk pecah.
- Guna satu warna yang terang sebagai agar rumah tak nampak bosan. Tapi jangan terlalu banyak sangat warna yang terang kerana dikhuatiri nampak serabut pula. Nude colour sekarang tengah trending dengan konsep sekarang tapi selitkan warna fokus iaitu warna terang bagi menarik perhatian di ruang tersebut.
- Rujuk majalah, group dekorasi atau tanya pakar sebagai panduan untuk hiasan rumah anda.
- Bagi yang bajet terhad, IKEA dan Kaison menjadi pilihan sebab harga sangat berpatutan dan terbaik .
- Kena rajin mengemas agar rumah sentiasa cantik dan kemas.
Kesimpulannya, semuanya bermula dari merancang, mengkaji, bajet, fungsi ruang, susun atur , warna dan diakhiri dengan kerajinan supaya rumah sentiasa cantik.
sumber artikel: Impiana JUL/SEPT 2018
sumber gambar: Google




