By Hwan Wah Ang 22 Jun, 2021

Apabila anda menyimpan segala makanan daripada yang segar sehingga yang telah dimasak, pastinya anda akan dapat menghidu pelbagai bau di dalam peti sejuk anda.

Akibat daripada itu, anda turut akan mendapati yang mana makanan juga akan lebih cepat busuk dan tidak boleh dimakan.

Oleh itu, ini tips yang boleh anda gunakan untuk menghilangkau bau yang tidak menyenangkan pada peti sejuk anda.

1. Periksa dan tetapkan suhu yang betul

Suhu di dalam peti sejuk anda sangat penting.

Sekiranya terlalu panas, ia dapat mendorong pertumbuhan bakteria dan mempercepat kerosakan makanan di dalamnya. Ini adalah salah satu sebab mengapa peralatan dapur anti bakteria perlu digunakan bagi mengurangkan risiko penyebarannya,

Suhu di dalam peti sejuk anda hendaklah antara -20 dan -15 darjah.

2. Sentiasa lap dan bersihkan makanan yang tertumpah

Untuk sesetengah keadaan, bau busuk di dalam peti sejuk adalah disebabkan oleh makanan ataupun barangan yang telah busuk dan tertumpah.

Apabila dibiarkan lama, ia boleh mencemarkan sebahagian besar bahagian dalam peti sejuk dan meninggalkan bau yang busuk. Selain itu, periksa juga makanan lama yang tidak lagi digunakan. Buang sekiranya ia telah tamat tempoh.

Untuk membersihkan peti sejuk, anda boleh menggunakan Bersihkan larutan pembersih yang mencampurkan satu sudu pemutih klorin dan satu cawan air. Gunakan ini untuk membersihkan kotoran dan mengurangkan bau yang tidak menyenangkan.

3. Letakkan penyerap bau atau soda penaik

Setelah sudah bersihkan bahagian dalam peti sejuk, anda boleh letakkan penyerap bau di dalam peti sejuk.

Sebagai contoh, anda boleh menggunakan soda penaik kerana ia berfungsi baik dalam mematikan bau yang menjadikannya penyelesaian yang sempurna untuk menyerap bau seperti ikan, bawang, lada dan sebagainya.

Cara menyediakan penyerap bau:

·Isikan soda penaik ke dalam cawan.

·Letakkan ini di dalam peti sejuk anda dan tutup pintu.

·Kemudian, biarkan ia di dalam peti sejuk selama beberapa jam.

Sekiranya aroma tidak hilang, cuba taburkan soda penaik ke atas rak dan biarkan selama dua jam. Lap bahagian dalam dengan campuran soda penaik dan air sehingga bersih.

4. Pastikan bekas makanan ditutup rapat

Susun makanan anda ke dalam bekas kedap udara dan label dengan tarikh penggunaan.

Periksa juga sama ada bekas makanan anda ditutup rapat. Ia bagi mengelakkan bau makanan tersebut keluar dari bekas sehingga menyebabkan bau busuk di dalam peti sejuk anda.

Selain itu, anda juga boleh menulis label untuknya dan gunakan balang yang sama untuk menyimpannya. Tambahkan juga tarikh mula memasukkan makanan tersebut ke dalam peti sejuk supaya anda tahu berapa lama sudah ia berada di dalamnya.

5. Tambah Wangian Lemon Untuk Kesegaran

Gunakan lemon untuk menjadikan peti sejuk anda lebih wangi dan segar.

Asid sitrus bertindak baik dalam menyegarkan bahagian dalam peti sejuk anda, dan anda boleh menggunakannya dengan cara berikut:

·Rendam beberapa bola kapas dalam jus lemon

·Gunakan ini untuk mengelap bahagian dalam peti sejuk anda. Jus lemon akan mencipta wangian yang menyenangkan.

Selain lemon, anda juga boleh meletakkan kopi dan oat. Ia juga boleh membantu dalam meneutralkan bau busuk yang mana ia mampu menyerap apa-apa bau sisa makanan yang lama selepas beberapa hari.

 

Semoga bermanfaat!

Kredit tips & imej: https://tajria.com/20212375

 

By Hwan Wah Ang 16 Jun, 2021

1. Pilih sofa yang sesuai

Ada banyak jenis sofa yang anda boleh pilih, sama ada yang berbentuk-L, berbentuk-U, datang sekali set 1-2-3, atau yang jenis sofa katil. Material pula selalunya ada kayu, kusyen, berbulu-bulu, dan kulit!

2. Lampu berdiri

Selain dari lampu siling, ada juga yang gunakan lampu berdiri, sama ada untuk menambah cahaya ataupun sekadar hiasan saja. Anda kena pastikan yang ruang tamu mempunyai pencahayaan yang elok dan baik, sebab di situlah anda akan berkumpul bersama keluarga.

Selain tu, kalau anda mempunyai meja tepi sofa yang kosong tapi tak berapa minat untuk menggunakan bunga sebagai dekorasi, anda boleh juga letakkan lampu hiasan ruang tamu di situ sebagai ganti.

3. Kipas yang bergaya

Bagi yang nak siling nampak je dan tak perlu susah-susah nak panjat tangga bersihkan kipas, bolehlah gunakan kipas berdiri saja. Kalau rasa kipas biasa tu membosankan dan tak matching dengan dekorasi rumah, boleh cari yang mempunyai bentuk unik!

Kalau anda rasa kipas siling lebih sesuai, tentukan dulu saiz kipas yang diperlukan kerana kipas yang terlalu kecil atau besar tak akan memberikan aliran udara yang betul. Jumlah bilah juga selalu menjadi tanda tanya apabila menentukan jenis kipas siling.

4. Meja kopi

Nak pilih meja kopi untuk menjadikan ruang tamu moden sebenarnya tak semudah yang disangka. Anda bukan saja perlu memilih yang cantik di mata, tapi sepadan dengan semua yang ada di ruang tamu.

5. Kabinet TV

Kalau ada TV dekat ruang tamu, haruslah kena ada kabinet TV. Kalau hanya sekadar untuk letak TV dan tak perlukan ruang simpanan ekstra, boleh guna meja TV yang biasa saja. Tapi, kalau ada bajet lebih, bolehlah beli kabinet TV yang selalunya lagi besar.

6. Cermin tambahan deko

Cermin boleh digunakan untuk pelbagai fungsi, seperti membuatkan bilik nampak lebih luas, menambah pencahayaan, menonjolkan barang sedia ada dan meletakkan di tempat yang mencerminkan pandangan yang anda suka!

7. Karya Seni

Karya seni sangat membantu untuk menentukan keperibadian pemilik rumah dan dijadikan dekorasi ruang tamu

Semoga bermanfaat!

Kredit tips & imej: https://twitter.com/fabellodesign/status/1402123936687550468

 

By Hwan Wah Ang 09 Jun, 2021
Kebanyakan orang suka mengabaikan ruang makan sehinggakan tiada satu dekorasi pun yang diletakkan di ruang ini menjadikannya kelihatan suram. Tapi, kalau anda kekal ia kelihatan suram, ia dah tentu akan memberi kesan pada ruang lain. Jadi, harini kami nak kongsikan dengan anda 5 item pertama yang wajib ada untuk anda mula deko ruang ini.

1. Meja makan
Dah tentunya meja makan, kalau takde meja makan, tak jadi ruang makan la namanya. Besar meja yang diperlukan bergantung pada jumlah ahli keluarga. Namun harus diingat, walaupun ada 10 orang ahli, tak semestinya memerlukan meja dengan 10 tempat duduk.

2. Kerusi
Dah ada meja, takkan takde kerusi. Sama macam meja tadi, kuantiti bergantung pada bilangan ahli keluarga. Cuma persoalannya kini ialah, kerusi macam mana yang harus dibeli? Kerusi boleh dipilih samada dari jenis 'neutral' ataupun yang mempunyai 'wow factor'. Semuanya bergantung pada konsep hiasan rumah anda. Tiada masalah untuk 'mix & match' tetapi harus berhati-hati supaya tidak nampak serabut.

3. Permaidani
Mungkin bagi anda permaidani tak penting untuk ruang makan, kalau tumpah makanan, kan dah leceh nak bersihkan kotoran yang melekat. Tetapi, ianya diperlukan untuk bertindak sebagai pembahagi ruang. Jadi, untuk memilih permaidani yang sesuai, pastikan korang pilih permaidani yang sesuai untuk kedua-dua 'indoor' dan 'outdoor' kerana permaidani dari jenis ini lebih mudah dicuci dan dibersihkan.

4. Ruang simpanan
Sediakan satu sudut atau ruang sebagai ruang simpanan di ruang makan. Cari kabinet, atau tempat duduk yang selesa di mana anda boleh menyimpan barang-barang pinggan mangkuk untuk mengelakkan membuang masa dari bolak-balik ke dapur. Anda juga boleh meletakkan pinggan di tempat simpanan semasa makan untuk menjimatkan ruang untuk barang-barang yang lebih penting.

5. Pencahayaan
Selalunya, ramai orang akan menghabiskan masa di ruang makan pada waktu malam. Jadi, ianya sangat penting untuk mencari lampu yang sesuai dengan ruang rumah anda. Pastikan saiz lampu yang anda pilih bersesuaian dengan saiz meja anda. Untuk jenis pencahayaan pula, cahaya ambien dan sconce yang artifisial adalah lapisan wajib untuk ruang makan untuk menaikkan mood.

Semoga bermanfaat!

Kredit tips & imej: https://twitter.com/cabinetcrewmy/status/1396727515192852484
By Hwan Wah Ang 01 Jun, 2021

Semenjak wabak COVID-19 diikuti dengan perlaksanaan untuk bekerja dari rumah (WFH) bagi sebahagian pekerja, ruang kerja di rumah minimalis jadi salah satu hal penting. Sebab, bekerja di rumah akan menjadi sebuah rutin baru yang penting. Ruang kerja di rumah untuk work from home (WFH) harus dibuat senyaman mungkin bagi meningkatkan semangat dan produktiviti saat bekerja.


1. Tambahkan tanaman

Satu tanaman kecil saja bila ditempatkan di atas meja akan membantu mengurangi stres, bahkan mendorong agar meja kerja bebas dari kekacauan. Tambahkan satu hingga dua tanaman hias mini untuk melengkapinya. Selain tanaman segar, anda juga boleh pilih tanaman hias tiruan yang mudah dijaga dan murah.


2. Guna karpet yang selesa

Alaskan permukaan lantai dengan karpet untuk memberikan keselesaan saat duduk maupun berdiri di depan meja. Karpet atau permadani dengan bahan yang tebal dan lembut juga boleh menjadi alas di bawah kaki. Anda boleh juga pertimbangkan memasang lantai gabus yang lebih kuat, lembut dan mudah dipasang juga membuatkan lantai nampak lebih menarik.

 

3. Pasang Tirai atau ‘Partition’

Anda boleh cipta sekatan antara ruang kerja dan ruang lainnya untuk menciptakan privasi dan fokus saat bekerja. Gunakan dinding pemisah portabel atau permanent untuk menciptakannya, seperti rak partition yang berbagai design boleh dimiliki. Anda juga boleh menggunakan rak buku atau rak penyimpanan bebas yang boleh menempatkan berbagai tanaman hias mini, aksesori atau pun perlengkapan ruang kerja pada bahagian ruangnya yang terbuka.

 

4. Tambah aksesori

Menambahkan seni ke ruang kerja memiliki manfaat pribadi dan profesional bagi penggunanya. Beberapa koleksi seni yang dipilih dengan cermat dapat menghasilkan ruangan segar yang dapat membuat anda lebih termotivasi dan produktif dalam bekerja. Contohnya, meletakkan bingkai foto dengan visual yang menarik dan objek dekoratif di atas meja kerja atau hiasan dinding untuk dekorasi jika ruang atau sudut kerja di rumah tidak terlalu luas.

Semoga bermanfaat!

Kredit tips & imej: https://www.haibunda.com/moms-life/20210528112003-76-216753/tips-dekor-ruang-kerja-di-rumah-minimali...

By Hwan Wah Ang 19 May, 2021
Pernah tak dengar ungkapan, kalau nak tengok kebersihan seseorang tu, tengok bilik airnya. Sebab bilik air lah tempat kita membersihkan diri. Tapi, walaupun dah dicuci setiap hari, ada beberapa perkara yang anda lupa untuk kekalkan kebersihannya.

1) Penutup Mangkuk Tandas Tidak Ditutup
Ada sebab kenapa mangkuk tandas duduk dilengkapi dengan penutup. Tabiat tidak menutup mangkuk tandas ketika mengepam (flush) menyebabkan partikel air dari proses flush akan terpercik keluar dari mangkuk dan akan terkena pada bahagian lain di dalam tandas seperti berus gigi, sabun dan sebagainya. Oleh itu, jika anda mementingkan kebersihan, pastikan ia menjadi sebagai amalan.

2) Menyimpan Berus Gigi Dalam Tempat Bertutup
Mungkin anda rasa kaedah ini dapat menghindari berus gigi yang digunakan dari tercemar dengan bakteria. Hakikatnya apabila ia digunakan dan masih basah, dan disimpan di dalam bekas bertutup, ia akan menggalakkan lagi pembiakan bakteria.

3) Jangan Simpan Barang Make-up Dalam Bilik Air
Memang mudah untuk bersolek kalau barang make-up disimpan dalam bilik air. Tapi, barang make-up tak sesuai disimpan dalam bilik air kerana keadaan bilik air yang lembap akan menggalakkan pembiakan bakteria walaupun disimpan rapi dalam bekas. Malah barang make-up anda akan mudah rosak.

4) Tukar Luffa Atau Berus Badan Setiap 3-4 Minggu
Selagi tak lunyai, berus atau penyental badan akan digunakan. Sebenarnya salah, lagi kerap anda guna lagi kerap ia perlu diganti. Ini akan menyebabkan tekstur penyental yang berserabut terutama yang diperbuat dari serat petola menjadi habitat bagi bakteria.

5) Sidai Tuala, Bukan Sangkut
“Good rule of thumb” tuala perlu dicuci atau ganti selepas 3 kali digunakan. Itu pun kalau anda sidai selepas digunakan. Tapi kalau anda sekadar sangkut atau gantung tuala, ia akan lembap dan sekaligus menggalakkan pembiakan bakteria. Sebab itu tuala mudah bertahi lalat dan boleh memberi kesan kepada kulit anda.

6) Tiada Pengudaraan
Kalau bilik anda dilengkapi dengan sistem pengudaraan seperti kipas, tingkap dan sebagainya, pastikan ia sentiasa dibuka ketika anda menggunakan bilik air dan selepas menggunakannya.

7) Tak Cuci Shower Curtain
Sebaiknya, shower curtain perlu dicuci setiap bulan, Kalau malas sangat, cari je shower curtain jenis mudah dicuci menggunakan mesin basuh.

8) Bakteria Mudah Membiak Di Telefon Bimbit
Ramai yang membuat tabiat membawa telefon bimbit ke dalam bilik air. Ia sebenarnya mudah menjadi tempat pencemaran bakteria.

Semoga bermanfaat!

Kredit tips & imej: https://www.impiana.my/8-kesilapan-besar-yang-kerap-dilakukan-di-dalam-bilik-air-yang-ramai-tak-seda...
By Hwan Wah Ang 17 May, 2021
DAPUR BERSELERAK LEPAS RAYA?
INI CARA MENGEMAS YANG PANTAS & PRAKTIKAL!

Lepas Raya dapur kita pastinya berkecah bukan main. Maklumlah semua proses memasak sepanjang minggu ini dilakukan secara total. Habis beraya, apa kata kita cuci dan kemaskan dapur kembali pada yang asal.

1) Buat list setiap minggu untuk barang dapur. Ini memudahkan kita untuk mengetahui stok barang yang sudah hampir habis atau yang perlu dibeli.

2) Sebelum pergi shopping barang dapur, buka kabinet dan check keperluan yang dah habis dan apa yang perlu dibeli untuk tambah stok supaya mudah untuk buat “things to buy list”.

3) Susun barang dapur mengikut jenis rempah, jenis-jenis tepung, jenis-jenis gula, pasta dan sebagainya.

4) Bekas-bekas yang seragam akan menjadikan barang nampak lebih teratur dan kemas. Kalau anda nak bekas plastik yang tahan lama, anda boleh beli Tupperware.

5) Kalau memasak pula, biasakan kemas dan lap sebaik selepas masak supaya kotoran dan minyak tidak melekat.

6) Sentiasa letak barang di tempat asal selepas menggunakannya. Anda akan lebih mudah untuk ambil dan guna bila diperlukan.

7) Gunakan semua stok yang ada sebelum tarikh luput.

Mungkin cara kita berbeza, namun bagi yang inginkan panduan, boleh ikut cara ini supaya dapur sentiasa tersusun dan bersih.

Semoga bermanfaat!
By angtjab.mkt@gmail.com 05 May, 2021

Memandangkan tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19 masih berlanjutan, kita semua akan beraya dengan keluarga sendiri di rumah sahaja. Tapi kebanyakan daripada kita tetap mahu memastikan bahawa rumah kita tampil berseri dan dihias cantik. Bagi yang kreatif dan inginkan kelainan, anda boleh mengitar semula benda-benda yang tersedia ada di rumah seperti botol kuih, piring, gelas, sarung kusyen dan alas meja.

1. ALIH PERABOT & CAT DINDING

Jika anda mempunyai ruang tamu yang luas, cuba atur semula susunan sofa dan meja. Himpitkan sofa dengan berlatarkan dinding. Untuk serlahkan sudut ini, hias dinding dengan aksesori atau serikan dengan lampu raya.

Bagi yang memilih ruang makan sebagai sudut utama, anda boleh mengecat semula sebahagian dinding dan tukar warnanya. Menukar warna dinding, kata Cik Amilia, merupakan cara paling efektif untuk mewujudkan perbezaan yang ketara. Tambahan lagi, anda boleh lengkapkan dekor di sudut ini dengan hiasan seperti bekas lilin atau aksesori pilihan yang lain.

2. AKSESORI

Keluarkan koleksi piring, pinggan, mangkuk, gelas dan cawan yang ada di dalam kabinet. Atur mengikut corak dan warna, kemudian padankan dan susun berdasarkan tema dan gaya yang ingin ditampilkan di ruang makan. Contohnya, gaya moden, tradisional atau secara bertema.

Untuk menyerlahkan lagi hiasan di atas meja, hiaskan dengan campuran buah-buahan seperti beri, plum dan anggur atau bunga dan daun segar yang dapat memberikan kesegaran di sudut ini.

3. 'MIX & MATCH'

Penting untuk tetapkan mood yang ingin ditampilkan di ruang tamu. Contohnya redup, cool, neutral atau corak ala gaya Moroccan, geometrik atau berjalur. Padankan sofa dengan selimut atau sofa throw. Ia akan memberikan kontras yang berbeza dan mewujudkan penampilan sofa yang lebih menyerlah.

Jika menggunakan langsir, padankan ronanya dengan pilihan warna sofa throw. Pilih yang ringkas tanpa corak kerana ia mudah dipadankan dengan alas kusyen yang lebih dramatik. Elakkan daripada menghias sofa dengan terlalu banyak kusyen, 3 hingga 5 kusyen sudah memadai.

Penting untuk anda memastikan meja tidak tampil sarat dengan pelbagai aksesori dan hiasan. Berikan ruang yang cukup untuk meletakkan makanan. Selain itu, cahaya lampu di ruang ini juga harus terang. Tidak kira sama ada menggunakan lampu meja atau lampu berdiri, elakkan suasana yang malap lebih-lebih lagi jika anda memilih sudut ini untuk adakan pertemuan Zoom.

4. HIASAN BUNGA

Tetapkan bajet kurang daripada S$50 untuk membeli bunga segar. Hiasan bunga atau dedaun hijau memberikan mood yang berbeza di setiap sudut. Selain meletakkannya di atas meja, anda juga boleh menggantung bunga pasu kecil di dinding di ruang tamu. Jika ingin membuat pesanan atau tempahan bunga, cuba dapatkan dedaun hijau seperti Staghorn, Silver lace ferns, Boston ferns, Portos, String of hearts, String of pearls dan Pilea.

5. HANDI KRAF DIY

Tunjukkan kemahiran anda dengan membingkaikan hasil seni kraftangan yang direka sendiri. Tanpa anda sedari, sentuhan peribadi ini dapat mengubah penampilan sudut kegemaran anda dan memberikannya karakter tambahan.

Adakan galeri gambar di rumah dan jadikan ia sebagai sorotan utama di sudut pilihan. Padankan dengan cermin kecil dan hiasan seperti bunga yang dapat memberikan penampilan yang berbeza pada dinding.

Selain itu, anda juga boleh ikat dan satukan ranting eucalyptus atau kayu putih. Ia mudah kering dan mempunyai haruman wangi. Tepatlah jika dijadikan sebagai hiasan dinding di rumah.

6. BEKAS KUIH

Hias semula penutup bekas kuih dengan cat kapur dan ornament glue pen. Anda juga boleh memberi penampilan baru pada corak botol dengan menggunakan pelekat Japanese Washi yang direka dalam pelbagai warna dan corak, mudah di beli secara online. Pilih yang bermotif untuk dipadankan dengan alas kusyen atau corak bunga serta fabrik berenda serta aneka warna untuk hiasan botol.

Mudah kan? Jom kemas rumah sebelum Raya!

Kredit tips & imej: https://berita.mediacorp.sg/mobilem/gayahidup/6-panduan-mudah-untuk-hias-rumah-anda-bagi-hari-raya-circuit/4448624.html

By angtjab.mkt@gmail.com 28 Apr, 2021
1. Corak Semburan
Apakah corak semburan yang anda suka? Sesetengah pengguna sukakan semburan tetap, semburan yang menyegarkan, semburan lembut dan ada yang suka semburan dalam dimensi lebih luas. Kalau hanya anda seorang yang akan menggunakan bilik mandi, mungkin tak perlu bimbang mengenai tetapan tambahan. Tapi kalau berkongsi bilik air dengan orang lain, anda perlu cari kepala pancuran air tambahan atau yang fleksibel untuk dikawal.

2. Pemasangan Mudah
Lebih bagus kalau dapat mencari model kepala paip pancuran yang mudah dipasang sendiri dengan hanya sepana boleh laras dan pita plumber serta satu set arahan dan talian bantuan pelanggan untuk membuat proses lebih mudah. Disini anda dapat menjimatkan perbelanjaan upah pemasangan membuat renovasi lain selepasnya.

3. Jenis Shower Head
• Kepala seperti single spray shower head dan rain shower head sesuai bagi yang gemarkan semburan tetap.
• Handheld shower heads dilihat lebih versatile berbanding model tetap. Ia boleh berfungsi seperti kepala pancuran air tetap apabila ditempatkan dalam confinement dan boleh dikeluarkan untuk fokus semburan pada bahagian badan tertentu.
• Bagi yang mempunyai haiwan peliharaan, model handheld dengan long hos handy sesuai untuk membersihkan haiwan kesayangan di dalam tab dengan mudah.

4. Tekanan Air dan Aliran Air Kuat
Sejauh mana kekuatan tekanan air di rumah anda? tekanan air rendah cenderung menyebabkan kepala pancuran standard menghasilkan pancuran air yang lemah malah tidak cukup kuat untuk membilas sabun dan shampoo. Kini banyak pengeluar memberi respon terhadap isu ini dengan mencipta teknologi membantu aliran air lebih kuat.

5. Harga
Harganya terdiri daripada puluhan hingga ratusan ringgit. Cara yang paling mudah, mengecilkan skop pilihan model kepala paip pancuran adalah dengan berpegang kepada bajet yang ditetapkan.

Kredit tips: https://www.facebook.com/KontraktorBinaRumahKelantan07/posts/2047864325223834
Show More
Share by: