5 PERKARA SEBELUM BELI PETI SEJUK BAHARU
#1 --- KENALI PERBEZAAN PETI SEJUK BERDIRI DENGAN PETI SEJUK BUILT-IN
Tahukan anda terdapat juga peti sejuk jenis built in yang dibina mengikut citarasa dengan saiz yang anda inginkan. Peti sejuk berdiri bebas dan mudah untuk dipasang kerana ia hanya perlukan ruang yang cukup dan soket yang berfungsi. Peti sejuk built in dibina terus ke ruangan kabinet dan boleh dipadankan bersama keseluruhan dapur anda.
#2 ---- PILIH ORIENTASI PETI SEJUK
Anda mahu peti sejuk jenis menegak, peti sejuk beku dibahagian atas atau bawah? Ataupun peti sejuk jenis melintang, peti sejuk sebelah menyebelah? Apapun pilihannya, pastikan mengambil kira tentang cara penggunaan yang akan mempengaruhi pergerakan bagi memudahkan aktiviti dapur.
#3 ---- CIRI-CIRI YANG SESUAI DENGAN KEGUNAAN ANDA
Sila lihat balik didalam peti sejuk anda sekarang dan fiirkan tentang semua perkara yang anda suka tetang atau apa yang ingin ubah dan tambah. Buatkan satu checklist agar mudah anda lihat antara keperluan dan keinginan.
#4 ---- UKURAN YANG TEPAT
Sama ada anda sedar atau tidak, peti sejuk memang akan mengambil ruang yang banyak di dapur. Sebelum pergi membeli, pastikan anda telah siap-siap mengambil ukuran ruang dan lebih selamat biarkan ruang besar sedikit daripada saiz peti sejuk yang dibeli.
#5 ---- KECEKAPAN TENAGA
Kebanyakkan prodeuk elektrik sekarang adalah lebih efisien dan mesra alam berbanding barangan yang dikeluarkan sepuluh tahun yang lalu. Jadi lebih mudah untuk anda memiliki peti sejuk baru yang menjimatkan tenaga dan bil elektrik anda.
Sumber : Artikel Impiana




