HAPUSKAN SEMUT DI KEDIAMAN ANDA!
Jika anda nak membasmi semut di rumah, disini ada beberapa petua. Antaranya, ialah dengan menggunakan kulit telur, dauh sirih, cuka dan soda bikarbonat. Petua untuk halau semut ini mudah diamalkan sebab anda hanya perlu guna bahan yang biasa digunakan di rumah. Antaranya:
1) Kulit Telur
Selepas anda gunakan telur ayam, jangan buang kulitnya sebab anda boleh guna untuk halau semut. Caranya, hancurkan kulit telur dan bakar sampai jadi abu. Kemudian taburkan abu di tempat semut selalu berkerumun, laluan semut atau boleh juga tabur pada sarang semut.
2) Dauh Sirih
Semut memang tak suka dengan bau daun sirih. Potong kecil-kecil beberape daun sirih, kemudian tabur di laluan semut atau tempat semut berkerumun. Semut akan pergi jauh dari tempat yg berbau daun sirih.
3) Cuka
Cuka putih juga merupakan salah satu petua yang sangat berkesan sebab baunya yagng kuat dan kandungan cuka yang berasid. Caranya, anda larutkan cuka dalam air, kemudian masukkan ke dalam botol spray. Dah siap, sembur di mana-mana pintu masuk atau tempat yang ada semut. Ulang beberape kali selepas semburan dah kering dan kesannya boleh nampak dalam beberapa hari.
4) Soda Bikarbonat
Anda hanya perlu tabur sahaja serbuk soda bikarbonat di tempat yang ada semut. Disebabkan bau dari soda bikarbonat tu akan mengganggu deria bau semut, semut akan lari dari tempatnya yang biasa.
5) Serbuk Kopi
Yang ini, pastikan anda guna serbuk kopi yang asli, sebab baunya yang kuat boleh menghalau semut dari menghurung makanan. Ambil sedikit serbuk kopi dan letak di tempat laluan masuk semut. Biarkan serbuk kopi itu untuk beberape hari dan anda akan perasan tiada lagi semut di situ.
6) Air Limau Nipis
Perahan jus limau nipis juga dapat membunuh semut, dan ia akan buat rumah anda berbau segar. Masalah semut hilang, aroma dalam rumah pun harum!
Namun, anda juga perlu pastikan rumah anda sentiase bersih dan tiada sisa-sisa makanan terbiar bagi mengelakkan semut dan serangga lain bersarang di rumah anda. Selamat mencuba!
Kredit tips dan imej: https://www.propertyguru.com.my/property-guides/apa-cara-cara-untuk-menghapuskan-semut-16553




