LEMON HACKS
#AdminKongsi
1.BERSIHKAN PETI SEJUK.
Peti sejuk di rumah mesti dan bermacam-macam bau kan sbb terlampau banyak lauk raya yg disimpan tapi tak makan-makan. Kesudahnnya, lauk-lauk tu membusuk je dalam peti tu. Agak susah untuk hilangkan bauan tu.tapi dgn bantuan Encik Lemon, kerja yg susah akan jadi senang! Potong dua lemon, kikis kulitnya sedikit dan masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah beberapa lama, peti sejuk Pua/Tuan akan berbau segar dan harum.
2.BERSIHKAN LOYANG
Haa kan dah penat haritu bertungkus lumus menyiapkan kuih raya untuk tetamu, loyang mesti kotor kan? Mudah je cara nak bersihkan, gunakan lemon yang dipotong dua untuk menghilang bau dan kesan karat.
3.BERSIHKAN PISAU & SPATULA
Tahukah anda, perkakas sebegini tidak sesuai untuk dicuci dengan sabun secara kerap. Lebih elok sekiranya digantikan dengan lemon sbg agen pencuci.
4.HILANGKAN NODA KUNYIT PADA TANGAN.
Bagi anak dara - anak dara yg tangannya kuning disebabkan kunyit, haa jgn risau anda semua boleh beraya atau pergi ke open house tanpa tangan yg kuning lagi. Caranya mudah je, campurkan perahan lemon dgn baking soda. Kemudian bila baking soda tersebut menjadi doh, uli pada tangan and sehingga warna kunyit itu hilang
5.MEMBERSIHKAN KESAN KOPI PADA CAWAN.
Raya ni mesti banyak hidangkan kopi pada tetamu kan? Lebih-lebih lagi bila saudara-saudara di kampung yg lebih tua dtg. Tak lengkap bila berborak tanpa kopi kan? Tapi kesan kopi susah untuk ditanggalkan dari cawan dan baunya masih ada? Mudah je nak atasi masalah tu. Masukkan cuka dan air panas di dalam cawan tersebut, seterusnya gosok dan dibilas dengan air perahan lemon.
Haa mudah je kan tips yg admin sharekan kali ni. Walaupun simple tapi efisien tau. Ajaklah si suami sama-sama bersihkan dapur menggunakan tips ni. Manalah tahu kan, lepas si suami tahu yg mudah je nak bersihkan dapur, dia akan jadi lebih rajin untuk bantu hehe.
Selamat mencuba & semoga bermanfaat :)
Sumber: Impiana Raya




