𝟏𝟎 𝐈𝐍𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐃𝐄𝐊𝐎𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐀𝐉𝐄𝐓 𝐓𝐄𝐓𝐀𝐏𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐈𝐊
1. KANVAS DI RUANG KOSONG
Gantung kanvas yang dicat dengan cat lateks untuk memberi seri kepada dinding kosong. Jadikannya besar dan kanvas ini patut meliputi sebahagian besar dinding.
2. MEJA TEPI
Susunkan beberapa rak simpanan untuk membina meja tepi bertangga dengan permukaan yang mencukupi untuk meletakkan barangan hiasan dan lampu tepi.
3. PERABOT JENIS ‘WICKER’
Perabot ‘wicker’ adalah perabot yang kelihatan seperti urat-urat pokok yang ditenun. Lazimnya ia diperbuat daripada rotan, buluh ataupun bahan sintetik. Perabot ‘wicker’ mampu mengubah mood sesebuah bilik. Perabot wicker yang mampu milik ini boleh digunakan secara solo atau digabungkan dengan sofa kain anda yang lain.
4. SENI
Terlalu banyak idea yang dapat dikeluarkan apabila anda mula berseni. Guntingkan kain felt mengikut bingkai, gunakan gam untuk melekatkan felt pada bingkai, lekatkan sarung tangan di tengah-tengah bingkai, dan walla, anda sudah pun mendapat satu hiasan dinding yang menarik.
5. UNSUR ALAM SEMULAJADI
Tanpa berbelanja banyak, anda boleh mengutip cengkerang siput laut di pantai lalu menggunakannya untuk menghiasi rumah. Boleh juga gunakan kayu-kayu lama yang dikitar semula, dan batu-batan untuk mencipta gaya rustik yang menenangkan.
6. GALERI FOTO ANDA SENDIRI
Pilih gambar-gambar terbaik
dari satu tema yang sama: perkahwinan, parti harijadi atau percutian – dan letakkannya dalam bingkai yang bersaiz sama. Sama ada dalam bentuk segiempat sama atau memanjang, anda tidak perlu risau sekiranya memilih susunan geometri. Untuk susunan yang gila-gila tetapi seimbang, mungkin anda boleh memilih ini.
7. LONGGOKKAN BUKU & GUGUSAN LILIN
Ia mungkin kelihatan berserabut, tetapi dalam masa yang sama, ia menangkap mata dan susunan buku secara melintang, membuat hati tertarik melihatnya. Untuk lilin, ia akan kelihatan lebih menarik apabila dalam gugusan, lebih-lebih lagi pada permukaan yang luas, seperti meja kopi atau meja konsol. Semakin besar permukaan, semakin besar saiz atau bilangan lilin patut digunakan.
8. GABUNGKAN CORAK & WARNA
Corak berbunga, warna solid, jalur, berkotak dan lain-lain adalah di antara corak-corak yang menghiasi rumah. Untuk selamat, pilih corak yang mempunyai warna latar belakang yang sama, terutamanya berwarna putih untuk corak bunga. Hadkan kepada penggunaan 2 atau 3 corak dalam satu bilik, dan tidak berlebihan
9. PAMERKAN KOLEKSI ANDA
Pamerkan koleksi pasu anda pada satu tempat yang sama. Kumpul koleksi yang kelihatan hampir sama, tetapi berbeza, dengan tona warna yang tidak jauh berbeza, dalam pelbagai ketinggian dan bentuk. Pameran anda kelihatan hebat
seperti digubah oleh kurator muzium.
10. BESARKAN RUANGAN ANDA
Ruang sempit kelihatan semakin besar apabila anda gunakan cermin besar (sekurang-kurangnya 3/4 ketinggian dinding). Ia adalah trik klasik penghias dalaman untuk membuatkan ruang kelihatan lebih selesa – dengan segera!
SUMBER : thevocket.com




