RUMAH BEBAS HABUK!
1. Kurangkan peletakan hiasan atau peralatan yang boleh memerangkap habuk didalam kediaman.
2.Letakkkan alas kaki. Satu di pintu luar dan satu lagi di dalam kediaman. Ini bertujuan untuk memerangkap habuk daripada dibawa masuk ke dalam kediaman.
3.Guna blind dari material kayu, metal atau plastik yang mudah dibersihkan berbanding kain.
4.Jika material sofa adalah fabrik, pastikan ia mempunyai zip supaya sarung boleh ditukar dan dibasuh untuk mengelakkan habuk dari terus terperangkap.
5.Elakkan penggunaan softener semasa membasuh sarung sofa, alas meja dan langsir untuk mengelakkanya lebih memerangkap habuk.
>>>> Exxtra info untuk anda! <<<<
3 Punca Rumah Senang Berhabuk!
1.Penggunaan kipas - Memang benar, tujuan kipas digunakan untuk memberi rasa nyaman dan keselesaan. Pun begitu, kipas adalah perangkap habuk terhebat. Oleh itu, pastikan anda membersihkan kipas sekurang kurangnya dua minggu sekali.
2.Jarak rumah terlalu hampur dengan jalan - Pastikan pintu dan tingkap yang menghadap ke jalan ditutup sentiasa. Pun begitu, pastikan pintu atau tingkap dibahagian lain dibuka untuk aliran udara bersih masuk ke dalam ruang kediaman.
3.Dekat dengan kawasan pembinaan - Projek pembinaan berdekatan kediaman pasti memberi kesan kerana jumlah habuk yang ‘singgah’ didalam kediaman akan bertambah dua hingga tiga kali ganda sebelum projek dijalankan.
Sumber : www.keluarga.my




