TIPS MAKEOVER TANGGA RUMAH
Tangga adalah pusat tumpuan rumah tapi mungkin ada masa yang diperlukan untuk diubah suai. Dari mana anda perlu mula? Bahan apa yang harus anda pilih? Dan bagaimana sebenarnya anda nak deko dan makeover? Tangga pun nak kena cantik sebab ia adalah salah satu elemen penting dalam sesebuah kediaman bertingkat. Harini kami nak share 5 tips mudah untuk cantikkan tangga rumah anda.
1. Colourful Stairs
Tukarkan warna ruang tangga anda dengan mengecatnya menggunakan warna-warna menarik yang sesuai untuk memberikan wajah baru di ruang itu.
2. Art wall
Sekiranya si kecil rajin melukis, apa kata framekan lukisan mereka dan jadikan hiasan di ruangan tangga. Ruang tangga anda pastinya akan tampak lebih ceria dan si kecil bahagia melihat lukisan mereka digantung ditempat yang mereka boleh lihat setiap hari.
3. Carpet
Bagi sesiapa yang mahukan perubahan ruang tangga yang mudah dan cepat, bolehlah mendapatkan karpet khas untung ruang tangga. Sesuai untuk anda yang minat dengan citarasa elegen.
4. Modern Classic
Mahukan sesuatu yang berbeza untuk rumah anda yang serba modern tu? Apa kata ubah tangga anda kepada tangga kayu yang bukan sahaja kelihatan klasik malah, masih sesuai untuk kediaman yang modern.
5. Wallpaper "One of the quickest way!"
Kertas dinding yang bercorak dan berwarna-warni juga mampu memberi wajah baru kepada ruang tangga anda dan salah satu cara terpantas dan termudah untuk semua!
Semoga bermanfaat!
Kredit tips & imej: https://twitter.com/fabellodesign/status/1316301222073171969




