10 TIP PENJAGAAN LANTAI VINYL YANG WAJIB ANDA LAKUKAN KALAU NAK TAHAN LAMA.
#AdminKongsi
1.Jangan guna steam cleaner atau mop yang basah untuk membersihkan lantai vinyl anda. Ia akan menyebabkan permukaan kemasan mudah tertanggal dan rosak.
.
2.Segera bersihkan kotoran yang terkena pada permukaan lantai vinyl. Jika dibiarkan lama, bukan sekadar kotoran sukar dibersihkan, silap-silap rongga lantai vinyl menyerap terus, gunakan kain lembut yang lembap untuk membersihkan kotoran pada lantai.
.
3.Untuk kotoran degil seperti minyak, cat, makers, lipstick, dakwat dan sebagainya gunakan nail polish remover bersama kain putih yang lembut. Kemudian, lapkan dengan tuala lembap.
.
4.Gunakan penyapu jenis lembut atau vacuum dengan berus yang lembut secara kerap untuk membersihkan habuk yang melekat pada celah-celah penal vinyl. Jangan gunakan berus yang kasar kerana ia akan mencalarkan permukaan vinyl anda.
.
5.Gunakan sabun pencuci yang dikhaskan untuk kegunaan lantai laminate.
.
6.Jangan cuci atau lap lantai vinyl dengan produk yang mempunyai sabun kerana ia akan menyebabkan permukaan vinyl kelihatan kusam, melengkung tercabut dan sebagainya.
.
7.Elak menggunakan berus, kain atau penyapu yang mempunyai jalinan metal seperti steel wool kerana ia akan menyebabkan permukaan vinyl bercalar halus dan lama-kelamaan ia kelihatan kusam.
.
8.Jangan gunakan sebarang peralatan atau perkakas untuk mengilatkan lantai pada permukaan vinyl.
.
9.Untuk permukaan yang terkena lilin atau gula getah yang melekat dan sukar untuk ditanggalkan, ambil beberapa ketul ais dan sapukan pada permukaan yang terkena. Apabila lilin atau gula getah tersebut telah keras sepenuhnya, kikis dengan menggunakan spatula plastik yang digunakan untuk baking dan kikis perlahan-lahan.
.
10.Jangan heret atau tolak barang yang berat di atas permukaan vinyl, ia akan menyebabkan pemukaan lantai calar dan strukturnya rosak.
.
Sumber artikel: Impiana
Sumber gambar: Google




