8 CARA WARNA CAT PADA DINDING MEMPENGARUHI AURA & ‘MOOD’ ANDA
#AdminKongsi
1. Kuning /Oren
- Membangkitkan mood seseorang agar lebih ceria dan aktif untuk saling berinteraksi.
- Jika menyalurkan pencahayaan yang baik di samping memberi efek ruang yang luas.
2. Merah
- cat dinding berwarna merah dapat meningkatkan adrenaline yang paling tinggi.
- Ia dapat membuat seseorang itu teruja, menjadi lebih bersemangat, membangkitkan selera makan, sekaligus mewakili suasana yang romantis dan sensual.
3 . Biru
- ia tampak menenangkan serta membantu seseorang tidur lebih lena.
- Warna sejuk sebegini mampu mengurangkan tekanan darah serta membantu memperlahankan pernafasan dan degupan jantung supaya berada dalam keadaan rehat.
4 . Kelabu / Warna Neutral – Bersifat Fleksibel
- Warna neutral dari rangkaian putih, beige hingga ke tona lebih gelap seperti coklat dan kelabu merupakan warna yang dianggap selamat dan pada masa yang sama bersifat fleksibel kerana mudah dipadankan dengan apa sahaja warna yang diinginkan.
- Warna neutral juga membuatkan ruang tampak lebih moden dan kemas.
5 . Tona Hijau
- hijau mudah serasi dengan warna yang terang mahupun sejuk.
- Suasana tenang dapat dicipta pada ruang dapur yang sibuk jika digandingkan dengan warna hijau.
6 . Merah Jambu
- secara psikologinya, ia memberi rasa tenang, ceria dan kasih sayang.
- dipercayai dapat meredakan rasa marah dan agresif.
- Sebuah kajian di Amerika Syarikat mendapati bahawa banduan dalam penjara kelihatan lebih tenang apabila berada dalam ruang dengan dinding berwarna merah jambu.
7 . Ungu
- melambangkan kemewahan kerana ia juga dikaitkan dengan warna diraja.
- menonjolkan rasa romantik, misteri, dan aura mewah serta sofistikated di samping mencetus ilham untuk berkarya.
- Warna ini sesuai untuk ruang tamu, dapur, mahupun pejabat.
8 . Warna Gelap
- dapat membuatkan sebuah ruang menarik.
- Warna seperti navy blue dapat menjadikan sesebuah ruang kelihatan lebih berkarakter dan dramatik.
Kredit: SirapLimau.com




