TIPS PEMILIHAN PERABOT LAMAN
#AdminKongsi
1.MEJA KONKRIT
Tidak disangkal , reka bentuk meja makan laman berkonsepkan industri dan minimalsi amat berpadanan dengan latar hijau. Nilai seni bina dan pertukangnnya menyerlah mewujudkankan karakter padu. Selain meja gabion, meja dari konkrit turut menjadi perhatian.
2.MEJA BATU MARMAR
Pilihan meja begini, sesuai untuk laman yang berkonsepkan Morocco dan Inggeris klasik. Namun kebiasaannya, meja ini hadir dalam saiz yang kecil. Hanya dua hingga ke enam orang sahaja yan mampu dimuatkan dalam satu masa. Sebaiknya, cari meja marmar dengan bingkai metal kerana ia lebih ringan dan tahan lama.
3.MEJA KAYU
Meja kayu memang sejak dulu kala lagi menjadi pilihan untuk diletakkan di laman. Namun bukan semua jenis kayu sesuai terdedah kepada iklim panas dan lembab di Malaysia. Jenis kayu yang sesuai sebagai meja taman adalah seperti Keruing, Merbau, Cengal dan Ulin. Meja kayu hadir dalam perlabagi cita rasa. Sangat mudah dipadankan dengan konsep laman anda.
4.MEJA GABION
Khas buat mereka yang gemarkan konsep minimalis dan industri. Hadirnya di laman memberi karakter dan identiti tersendiri. Lebih menarik set meja gabion ini perlu dtempah, jadi anda boleh reka mengikut cita rasa dan keperluan anda.
5.MEJA LIPAT
Mempunyai ruang yang terhad, set meja lipat adalah pilihan yang terbaik. Apabila tidak diperlukan, kerusi dan meja boleh disimpan dan ruang laman tadi boleh digunakan untuk tujuan lain. Terdapat pelbagai pilihan material set meja lipat ini, namun untuk memudahkan urusan anda, pilihlah dari jenis yang tahan lasak tetapi ringan apabila diangkat.
6.MEJA ALUMINIUM
Kini terdapat pelbagai rekaan dan pilihan warna meja laman yang diperbuat dari bahan aluminium. Penggunaan material ini menjadikan ia lebih ringan. Ringan bukan bermaksud tidak tahan lasak. Pilihan material tubular frame bukan sekadar menjadikan ia lebih kukuh jika dibandingkan dengan jenis metal yang lain, malah tahan karat.
7.ROTAN SINTETIK
Ilham santapan ala resort, meja dan kerusi makan diperbuat daripada rotan sintetik adalah pilihan terbaik. Namun perlu berhati-hati memilih perabot taman dari rotan sintetik. Pastikan ia kemas dan berkualiti. Jika tidak, perabot taman anda mudah rosak.
8.BESI TEMPA
Besi tempa adalah material taman yang palinhg utuh. Telah digunakan sejak dahulu kala dan sangat sinonim dengan taman-taman Inggeris. Oleh sebab itu, kebanyakkan rekaan meja taman dari tempa ini di pengaruhi oleh reka bentuk Inggeris klasik. Material yang sangat padu ini berat dan tidak mudah dikendalikan. Optimumkan keselesaan, sediakan duduk yang empuk untuk kerusi yang diperbuat daripada besi tempa.
9.MEJA KAYU PALET
Bagi peminat DIY, meja dari kayu palet terpakai adalah pilihan terbaik. Namun pastikan kayu yang dipilih masih utuh dan tahan sebelum meja dibina. Untuk tampil lebih kemas dan menarik, alis kan cat dengan satu lapisan perlindungan kayu untuk ia tahan lebih lama.
10.MIX AND MATCH
Design perabot moden banyak menggabungkan bukan sekadar konsep, malah material yang digunakan untuk kelihatan lebih menarik dan trendy. Antara gabungan material yang kerap diusahakan adalah seperti kayu dan metal, konkrit dan kayu serta sebagainya.




