3 JENIS LANTAI KAYU MASA KINI!
#AdminKongsi
#1 SOLID WOOD
.
Lantai jenis SOLID WOOD ini merupakan kayu asli. Dari segi ketahanan ia memang baik. Namun, dari segi penjagaannya, ia agak leceh. Ini kerana permukaannya agak mudah tercalar sebab ianya adalah kayu asli.
.
#2 LAMINATED FLOOR
.
Laminated Floor ini selalunya pada bahagian tengah dibawahnya adalah kayu dan diatasnya pula adalah printed. Sekarang, Laminated Wood ini sudah menyamai dengan kayu-kayu Solid Wood. Ini kerana dengan teknologi yang canggih, printed dan juga texture sudah boleh diaplikasikan pada permukaan Laminated Wood. Namun, ia juga mempunyai kelemahan daripada segi bunyi. Bunyi kuat dapat dihasilkan apabila pengguna memakai kasut. Jadi, ianya agak bising sedikit.
.
#3 VYNIL
.
Lantai jenis ini banyak didapati dalam pasaran industri sekarang. Boleh dikatakan Vynil ini lebih tahan lasak. Ini kerana ia adalah satu jenis ciptaan daripada konsep tikar getah. Bahannya adalah getah dan sangat tahan pada panas, berair mahupun basah. Vynil mempunyai pelbagai jenis ketebalan dan kaedah pemasangan. Ianya boleh dirujuk kepada pemasangnya. Lantai jenis ini sangat sesuai bagi mereka yang mahukan “ Spirit of Wood”. Mereka yang lebih mahukan rupa dan texture kayu tetapi tidak mahukan penyelenggaraan.
.
Sumber Artikel; Reddiamondhouse
.
#AdminKongsi #SemogaBermanfaat




