7 TIPS PEMILIHAN LANGSIR.
#AdminKongsi
Menghiasi kediaman dengan langsir baru sudah menjadi budaya dan fenomena menjelang hari bahagia. Tidak kiralah samada mahu menyambut majlis istimewa atau menjelang sambutan perayaan. Langsir baru akan dipasang sebagai penaik seri rumah kediaman.
.
Corak dan fabrik langsir yang betul akan menambahkan gaya hiasan dalaman kediaman. Ia bukan sahaja membuatkan penghuni berasa lebih selesa, malah akan menyerikan kediaman yang anda akan miliki.
.
Jadi, ini admin kongsikan 7 TIPS PEMILIHAN LANGSIR untuk kediaman menjadi lebih berseri.
.
#1 SAIZ LANGSIR
.
Kenal pasti reka bentuk, jenis dan kedudukan pintu dan jendela rumah. Setiap pintu dan jendela mempunyai reka bentuk berbeza mengikut saiz rumah dan keperluan cahaya dan ruang udara.
.
Bagi saiz jendela yang kecil, pemasangan bidai adalah lebih sesuai. Ia lebih ringkas. Mudah diselenggara dan masih mampu menaikkan seri jendela itu sendiri.
.
#2 CITARASA SENDIRI
.
Usah ketepikan citarasa sendiri. Ia membentuk gaya tersendiri yang menyerlahkan ciri peribadi. Bagi yang inginkan hiasan dalaman bergaya dalam tema kedesaan, inggeris, moden, minimalis, maka pilihlah gaya langsir mengikut rekabentuk dan corak yang sesuai dengan tema yang menjadi pilihan.
.
#3 JENIS BILIK DAN RUANG
.
Pemilihan corak dan warna memberi gambaran mengenai keperibadian tuan rumah sendiri.
.
Di ruang tamu, pemilihan corak klasik adalah lebih sesuai untuk meraikan tetamu yang kelainan citarasa berbeza.
.
Di ruang makan pula, pemilihan yang betul dapat menaikkan kelazatan makanan yang dihidang.
.
Begitu juga bilik tidur, corak lembut akan menghasilkan suasana yang lebih harmoni.
.
#4 FUNGSI LANGSIR
.
Tetapkan fungsi langsir yang akan diletakkan di ruangan rumah. Kemudian pilihlah jenis design dan fabrik langsir yang sesuai dengan fungsinya.
.
Contohnya, fabrik tebal lebih sesuai jika fungsi langsir adalah untuk menebat haba dan bunyi.
.
Fabrik lutsinar pula adalah pilihan terbaik bagi menghalang kemasukan terus sinar ultra ungu matahari. Ia juga dapat melindungi penglihatan orang luar dari terus nampak pergerakan dalm kediaman kita sendiri.
.
#5 PEMANDANGAN LUAR
.
Begitu juga kedudukan pintu dan jendela yang menghadap pandangan luar rumah. Jika kedudukannya menghadap pemandangan indah, pemasangan langsir tebal langsung tidak sesuai. Ianya akan menghalang daripada menikmati pemandangan indah tersebut.
.
Samada pilihan bidai roman atau tetap mahu memasang kain langsir, gunakan fabrik jenis nipis pada bahagian luar. Penggunaan langsir seperti ini juga berfungsi sebagai pelindung pergerakan di dalam rumah daripada dilihat orang.
.
#6 KETINGGIAN PEMASANGAN
Untuk tampak lebih eksklusif, gantung langsir jenis tinggi dari ukuran jendela. Padankan kombinasi warna dan corak fabrik mengikut tema dan konsep yang menjadi pilihan.
.
#7 WARNA
.
Elakkan penggunaan warna gelap seperti coklat. Ini menjadkan ruang nampak serabut dan sempit. Bagi ruang tamu, pilihlah warna pastel. Ia lebih selamat dan sesuai digayakan dengan apa jua jenis hiasan, perabot dan perincian lain di kediaman. Selain dari itu, warna pastel juga menaikkan seri lebih eksklusif serta elegan.
.
Sumber Artikel: Red Diamond House
.
#TJCKongsi #SemogaBermanfaat




