8 JENIS PERMUKAAN KAUNTER DAPUR YANG ANDA PERLU TAHU! - Part 2
#AdminKongsi
#5 JUBIN SERAMIK
.
Terdapat pelbagai kemungkinan atau hasil yang boleh diperolehi dengan permukaan kaunter dari jubin seramik ini. Ia datang dalam banyak warna, corak serta saiz yang berbeza bagi memenuhi setiap citarasa. Jadi, amat mudah untuk anda membuat pilihan megikut style yang anda inginkan.
.
PROS; tahan lama, mudah dipasang, kalis panas dan lembapan. Pilihan corak, warna, bentuk dan saiz berbeza yang mudah didapati di pasaran.
.
CONS; boleh tercalar, retak dan pecah jika tidak cermat. Permukaan yang tidak sekata atau lurus. Susah untuk membersihkan grouting yang terkena kotoran.
.
#6 LAMINATE
.
Walaupun sering menjadi pilihan bagi pemilik dengan bajet yang terhad, ia tidak bermaksud laminate kurang dari segi kualiti. Malah, kaunter dengan kemasan laminate biasanya praktikal sangat berbaloi. Juga datang dalam pelbagai rupa.
.
PROS; kos yang rendah berbanding material lain. Amat mudah untuk diselenggara. Terdapat banyak pilihan warna dan gaya yang boleh menyerupai kayu atau batuan semulajadi.
.
CONS; amat mudah tercalar jika tidak berhati-hati. Tidak tahan lama jika ingin dibandingkan dengan batuan. Bergantung pada kualitinya, laminate mungkin akan terlihat ‘murah’
.
#7 KAYU
.
Material ideal untuk memotong, menghiris atau penyediaan bahan, menggantikan tugas papan pemotong kerana bahan ini tahan lasak. Walaupun begitu, jauhi kaunter kayu anda dengan alatan atau periuk panas kerana ia mudah rosak jika terdedah kepada suhu yang tinggi.
.
PROS; rupa klasik yang tampak lebih cantik dan warm. Tahan lama dan sesuai untuk memotong bahan persediaan masakan terus dipermukaannya.
.
CONS; risiko warna luntur jika diletakkan berhampiran sinki atau punca air. Perlu dilindungi daripa peralatan bersuhu tinggi. Perlukan penyelenggaraan yang kerap.
.
#8 KONKRIT
.
Boleh menahan suhu tinggi dengan baik dan susah untuk bercalar. Pemasangan kaunter konkrit harus dilakukan dengan cermat dan memerlukan masa dan perhatian yang terperinci, jadi walaupun bahan itu sendiri adalah murah, anda perlu bersedia untuk kos upah pekerja.
.
PROS; tahan haba, licin, kuat dan agak tahan lama. Kos bahan yang murah.
.
CONS; mudah retak jika dikenakn tekanan yang terlampau kuat. Bahan yang berongga, tetapi boleh disapukan lapisan pelindung. Mesti diselenggara dengan kerap untuk mengelakkan kotoran dan kerosakan air.
.
Sumber artikel; Impiana




