8 JENIS PERMUKAAN KAUNTER DAPUR YANG ANDA PERLU TAHU! - Part1
#AdminKongsi
Proses pemilihan material untuk permukaan kaunter dapur bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan dalam keadaan yang tergesa-gesa. Ia memerlukan penelitian dan pemerhatian dari pemilik. Selain ketahanan dan jangka hayat, rupa material juga perlu diambil kira supaya seiring dengan tema dapur. Buat checklist dan senarai pendekkan segala kelemahan dan kelebihan material bagi memastikan bahan yang dipilih itu bersesuaian dengan dapur anda. Jangan lupa juga untuk lakukan penyelidikan dan bertanyakan pendapat pihak yang lebih arif seperti pereka atau kontraktor terlebih dahulu sebelum membeli.
.
#1 Quartz
.
Diperbuat daripada campuran resin polyster dengan salah satu mineral yang paling teguh di bumi, Quartz boleh dikatakan material yang hampir mustahil untuk tercela atau rosak. Sifat bahan ini yang tidak berongga juga dapat menghalang bakteria yang menyebabkan bau busuk dan kesan kotor daripada menembusi permukaan.
.
PROS; Fizikal yang kukuh dan menarik, datang dalam pelbagai warna. Bahan yang tidak berongga, memudahkan kerja pembersihan dan penyelenggaraan.
.
CONS; memerlukan kos yang banyak berbanding material yang lain. Tidak tahan suhu tinggi yg melampau, perlu sentiasa gunakan lapik periuk. Tidak sesuai digunakan diluar rumah. Pendedahan kepada cahaya matahari akan memudarkan warna kaunter.
.
#2 GRANITE
.
Batuan semulajadi granite kini mempunyai persaingan yang lebih sengit berbanding sebelum ini, tetapi popularitinya tidak dapat disangkal lagi. Permukaannya material ini kuat dan anggun dengan jalur urat semulajadi yang unik dalam setiap pemasangan. Walaupun begitu, sifatnya yang berongga memerlukan penyelenggaraan yang lebih cermat. Biasanya permukaannya akan dilitupi kemasan glossy tetapi juga boleh datang dalam penampilan matte.
.
PROS; rekaan yang tampak moden dan classy menjadikan dapur anda lebih elegan. Juga datang dalam pelbagai warna dan aliran urat yang unik. Material ini tahan panas dan kalis kotoran.
.
CONS; bergantung pada tahap kualitinya, kos batuan granite agak tinggi. Penjurunya mudah pecah jika dikenakan tekanan yang kuat dan kasar. Perlu kerap diselenggara bagi mengekalkan ketahanan dan sifat semulajadinya.
.
#3 MARBLE
.
Marble atau marmar layak diletakkan seiring batuan semulajadi yang lain dengan penampilan yang sofistikated dan elegan sesuai untuk rekabentuk klasik yang mewah.
.
PROS; versatile dan datang dalam pelbagai warna dan gaya. Tahan haba dan cenderung untuk bertukar sejuk, menjadikannya pilihan yang tepat untuk kaunter pembuatan pastri. Apabila disapukan lapisan perlindungan yang teliti, ia boleh menjadi kalis kesan kotoran.
.
CONS; seperti bantuan semulajadi yang lain, harganya agak mahal. Mudah pecah dan memerlukan lapisan perlindungan berkala untuk mencegah kesan kotoran yang berkekalan. Pendek kata - ia lebih kompleks untuk diselenggara.
.
#4 SOLID SURFACE
.
Bahan buatan manusia yang dperbuat dari campuran alumina trihidrat dengan arkrilik, epoxy atau resin polyester dan pigmen warna. Solid surface datang dengan kemasan yang lebih moden dan tidak memiliki rongga menjadikannya salah satu bahan untuk kaunter yang paling mudah untuk dibersihkan.
.
PROS; tahan lama dan memiliki permukaan licin dan membolehkan ia disambung menjadi sinki atau backsplash. Mudah untuk dibersihkan sekiranya terdapat kotoran dan calar. Banyak pilihan warna dan corak, boleh menyerupai bahan-bahan lain seperti konkrit dan marmar.
.
CONS; tidak tahan dengan suhu yang tinggi, mudah tercalar dan lekuk.
.
Sampai sini dulu admin share ya, nanti admin akan share lagi 4 jenis kaunter dapur ya!.
.
Sumber Artikel; Impiana
.
#SemogaBermanfaat




