5 KRITERIA PEMILIHAN KATIL YANG SESUAI UNTUK SI KECIL
Selalu kita baca dan dengar tentang kanak-kanak cedera didalam katil tidur/cot disebabkan terjatuh, tersangkut, terhantuk dan macam-macm lagi. Oleh itu, alternatifnya adalah untuk mencegah di peringkat awal iaitu pemilihan katil yang selesa, sesuai, selamat dan praktikal untuk anak-anak kita.
1-BAWA ANAK UNTUK MENCUBA KATIL DAN TILAM
Semasa anda melakukan survey katil, pastikan anda membawa bersama anak anda untuk mencuba katil dan tilam yang dijual. Walalupun di zaman moden ini banyak dijual secara online, adalah lebih baik untuk anda pergi ke pusat jualan dan biarkan anak mencubanya.
2-CARI KATIL YANG MEMPUNYAI CIRI KESELAMATAN TINGGI
Tidak dinafikan untuk membeli katil sebegini, anda kena berbelanja lebih, tetapi disini kita membicarakan tentang keselamatan anak kita yang dalam fasa membesar. Elakkan menggunakan katil yang tinggi untukmengurangkan kadar kecederaan jikalau terjatuh dari katil.
3-PILIH KATIL KANAK-KANAK YANG DIPERBUAT DARIPADA SOLID WOOD.
Katil sebegini nampak kukuh dan kuat dan berupaya menampung berat anak anda ketika bermain. Jika inigin membeli katil kerangka besi, periksa dengan teliti pemasangan skru dan peralatan lain. Ini untuk memastikan katil tidak bergoyang serta runtuh semasa anak anda ingin memanjat naik ke atas katilnya.
4-ELAKKAN AKSESORI DALAM KATIL YANG BAHAYA
Aksesori tambahan seperti kusyen serta mainan lembut sangat merbahaya untuk bayi kecil kerana mampu mengakibatkan bayi lemas secara tidak sengaja ketika bermain.
5-ELAK GUNA CAT VOC
Bilik tidur anak anda mestilah bebas daripada cat yang mempunyai kadar Volatile Organic Compunds (VOC) yang rendah atau lebih baik tiada langsung. Ini kerana cat sebegini mempunyai cecair kimia yang tidak baik untuk sistem pernafasan kita. Kalau tidak elok untuk golongan dewasa, bagaimana nasib anak kita yang masih baru lagi dilahirkan didunia?
Sumber : Impiana.my




