5 RAHSIA BAGAIMANA CARA KEMAS RUMAH AGAR SELALU NAMPAK TERATUR SAJA!
1. Tahu perbezaan antara kemas & bersih.
- Bersih ialah bila lantai sudah dimop, karpet sudah di vakum serta dapur yang berkilat.
- Tapi, jika rumah yang bersih tetap penuh dengan baju di semua tempat, katil yang tidak disiapkan dan mainan merata-rata, ia tidak menunjukkan rumah itu bersih.
2. Jadikan mengemas satu tabiat.
- Jangan tunggu bila rumah nampak macam tongkah pecah baru nak mengemas berjam-jam.
- Jadikan ia satu rutin untuk pastikan bilik, ruang tamu, dapur kelihatan kemas.
3. Kemas terus selepas guna.
- 1 lagi perkara yang dijadikan tabiat oleh pemilik rumah kemas ialah kemas setelah guna. E.g: Terus cuci pinggan setelah guna, sapu lantai jika kotor, kemas katil setelah bangun tidur.
4. Simpan sedikit barang.
- Jom jadi minimalis. Kurang barang bermaksud kurang kena menyusun dan mengemas. Konsep yang bukan sahaja sangat mudah malah menjimatkan.
5. Buka bakul/laci/simpanan 'ajaib'!
- Jika ada orang yang tiba-tiba nak datang ke rumah, bakul/ laci/simpanan ajaib ini akan menjadi penyelamat untuk meletakkan semua barang yang tidak sempat atau terlupa dikemas tetapi jangan jadikan tabiat pula semua benda ke bakul ajaib ini. Ia hanyalah untuk sementara sahaja tau!
Selamat mencuba!
Kredit: theasianparent.com




