FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU ANDA UTAMAKAN SEBELUM CAT RUMAH
1. PILIHAN CAT TEPAT
Pemilihan cat untuk diwarnakan pada dinding rumah anda haruslah tepat dengan konsep setiap ruang tersebut. Jangan buat keputusan terburu-buru, dapatkan nasihat daripada pakar tentang pemilihan cat.
2. DAHULUKAN PERABOT & AKSESORI
Jika menggunakan perabot yg sedia ada, pastikan warna yg kita nak cat itu saling berkait antara satu sama lain.
Maksudnya pilih warna yg akan match dengan sarung sofa/fabrik/permaidani. Jika rumah baru, pastikan anda pilih perabot terlebih dahulu, jangan terburu-buru.
3. ELAK PILIH CAT DARI KERTAS CONTOH
Untuk mendapatkan pemilihan colour yg betul-betul menepati dengan persekitaran ruang rumah kita itu, beli dahulu satu tin kecil warna pilihan untuk dicuba dirumah dan cat sebahagian kecil pada dinding bagi mendapatkan kesan warna itu dalam persekitaran cahaya semula jadi.
4. DAPATKAN CONTOH WARNA DAHULU
Jangan memilih warna masa berada dikedai cat, sebaiknya pilih contoh-contoh colour yg anda mahukan bawa contoh bersama.
5. PSIKOLOGI WARNA
Pilih skim warna yang sepadan dengan ruang yang mahu di cat tu. Sebagai contoh, bilik tidur rona tenang lebih sesuai dipadankan kerana menepati mood dan aktiviti ruang itu.
6. ELAK PAKSAAN DALAM DEKORASI
Jangan terlalu memaksa untuk mewujudkan/ menyatukan perhiasan. Disebabkan anda mempunyai sofa biru tidak bermakna dinding anda harus dicari dengan rona biru juga. Buat pilihan kumpulan warna dengan mengenalpasti perhiasan yang paling utama di ruang tersebut.
7. JANGAN ABAIKAN TITIK FOKAL RUANG
Bukan semua ruang mempunyai titik fokal, tetapi sekiranya ada biar ia menyerlah. Misalnya, dinding kemasan batu bata merah, atau hiasan dinding. Apa yang perlu dilakukan adalah susun karya dan perabot berhampiran unsur utama ini.
Tips & image kredit: schadekocarpet.com & pinterest




