TIPS PEMASANGAN SISTEM PENAPIS AIR
Nak tau cara/tip supaya penapis air/ washer terletak cantik dalam cabinet & mesin air kemas atas counter top tanpa wayar-wayar berselirat yang menyakitkan mata?
First thing, masa rancang tempat nak letak sistem penapisan air/washer harus fikirkan sekali sistem air. Kedua-dua menggunakan sistem yang sama iaitu:
1) Bekalan air (clean water inlet)
2) Stopcock (to control aliran air)
3) Laluan air keluar (water outlet )
4) Sumber elektrik suis
Inform kepada pihak kontraktor terlebih dahulu berkenaan perkara ini, supaya kontraktor faham tentang kehendak tuan rumah serta dapat memberi sebarang cadangan termasuklah kerja-kerja pendawaian elektrik. Seeloknya penerangan disertakan dengan lakaran agar lebih jelas.
Perkara ini memang nampak mudah tapi jika cara yang dilaksanakan tidak betul akan menampakan ketidak kemasan lebih-lebih lagi dalam sistem piping & wiring.
Hal ini kerana kedua- dua sistem ini dijalankan secara tersembunyi (concealed). Jika tidak dirancang daripada awal boleh menyebabkan berlakunya kerja dua kali (double work). Dimana pihak kontraktor atau tuan rumah terpaksa melakukan kerja demolish dinding atau mozek bagi melaksanakan kerja conceal piping.
Bagi kerja-kerja cabinet, maklumat serta ukuran washer haruslah dimaklumkan kepada pihak cabinet. Supaya tiada masalah dalam ruang letak washer just nicely fit.
Inilah rahsia sebenarnya. Jadi pemasangan seperti casing silver dimana akan exposed dibahagian luar dinding tidak akan kelihatan. Wayar-wayar akan dipasang terus inlet dan oulet yang dilaksanakan oleh pihak kontraktor dan ia akan nampak kemas dan bersih.
Moga bermanfaat.




