5 PILIHAN MATERIAL KABINET DAPUR YANG BERBALOI DAN PRODUKTIF.
#AdminKongsi
1)PAPAN CIP ( CHIPBOARD )
.
Merupakan bahan paling berpatutan dan murah kerana diperbuat daripada serpihan kayu yang terikat oleh resin sintetik yang kemudiannya dimampatkan untuk membentuk papan. Permukaan pepejal yang kuat menjadikan chipboard bahan yang susah untuk tercalar, tahan hentakan dan juga anti-kulat tetapi tahap kelembapan yang tinggi boleh menyebabkan kayu cip membengkak.
.
2)PAPAN BLOK ( BLOCK BOARD )
Bahan ini terdiri daripada jalur kayu halus yang disusun sebelah menyebelah, lapisan demi lapisan. Kemudian lapisan nipis melamine digamkan pada bahagian atas dan bawahnya. Berbeza dengan kayu cip yang mempunyai rintangan yang rendah kepada air, papan blok lebih tahan dan boleh digunakan pada kawasan simpnan yang terdedah kepada kelembapan.
.
3)KAYU LAPIS ( PLWOOD )
Papan lapis diperbuat daripada beberapa lapisan kayu nipis yang dipaku bersama-sama untuk membentuk papan. Material ini biasanya dilapisi lagi dengan laminate untuk memberikan kemasan yang lebih rapi dan bersih. Sifatnya yang lebih kukuh dan tahan kelembapan menjadikannya salah satu bahan yang paling mudah untuk diselenggara. Bahan ini juga datang dalam pelbagai warna dan tekstur.
.
BAHAN ALTERNATIF UNTUK KABINET DAPUR;
Selain menggunakan pelbagai jenis kayu, terdapat bahan lain yang juga boleh dipertimbangkan menjadi kabinet dapur.
.
4)KONKRIT
Kabinet dapur konkrit kebiasaannya dijumpai di rumah-rumah lama. Ia akan dlapisi jubin bagi mewujudkan satu platform yang amat teguh, kuat dan tahan lama sesuai untuk aktiviti memasak yang berat. Bagi pemilik yang inginkan konsep industrial atau brutalis untuk dapur, konkrit mungkin akan menjadi pilihan yang utama.
.
5)BESI TAHAN KARAT
Material ini sangat tahan lama dan mudah untuk dibersihkan tetapi lebih mahal daripada kayu, menjadikannya sesuatu yang jarang dipasang untuk kediaman domestik.
.
.
Kabinet merupakan salah satu bahagian yang paling mahal berbanding dengan bahagian yang lain tetapi ia juga merupakan penentu gaya keseluruhan dapur.oleh itu, adalah penting untuk memilih material kabinet dengan teliti supaya ia sentiasa kelihatan baik, teratur dan tahan lama.
.
Sumber: Impiana




