By angtjab.mkt
•
June 16, 2021
1. Pilih sofa yang sesuai Ada banyak jenis sofa yang anda boleh pilih, sama ada yang berbentuk-L, berbentuk-U, datang sekali set 1-2-3, atau yang jenis sofa katil. Material pula selalunya ada kayu, kusyen, berbulu-bulu, dan kulit! 2. Lampu berdiri Selain dari lampu siling, ada juga yang gunakan lampu berdiri, sama ada untuk menambah cahaya ataupun sekadar hiasan saja. Anda kena pastikan yang ruang tamu mempunyai pencahayaan yang elok dan baik, sebab di situlah anda akan berkumpul bersama keluarga. Selain tu, kalau anda mempunyai meja tepi sofa yang kosong tapi tak berapa minat untuk menggunakan bunga sebagai dekorasi, anda boleh juga letakkan lampu hiasan ruang tamu di situ sebagai ganti. 3. Kipas yang bergaya Bagi yang nak siling nampak je dan tak perlu susah-susah nak panjat tangga bersihkan kipas, bolehlah gunakan kipas berdiri saja. Kalau rasa kipas biasa tu membosankan dan tak matching dengan dekorasi rumah, boleh cari yang mempunyai bentuk unik! Kalau anda rasa kipas siling lebih sesuai, tentukan dulu saiz kipas yang diperlukan kerana kipas yang terlalu kecil atau besar tak akan memberikan aliran udara yang betul. Jumlah bilah juga selalu menjadi tanda tanya apabila menentukan jenis kipas siling. 4. Meja kopi Nak pilih meja kopi untuk menjadikan ruang tamu moden sebenarnya tak semudah yang disangka. Anda bukan saja perlu memilih yang cantik di mata, tapi sepadan dengan semua yang ada di ruang tamu. 5. Kabinet TV Kalau ada TV dekat ruang tamu, haruslah kena ada kabinet TV. Kalau hanya sekadar untuk letak TV dan tak perlukan ruang simpanan ekstra, boleh guna meja TV yang biasa saja. Tapi, kalau ada bajet lebih, bolehlah beli kabinet TV yang selalunya lagi besar. 6. Cermin tambahan deko Cermin boleh digunakan untuk pelbagai fungsi, seperti membuatkan bilik nampak lebih luas, menambah pencahayaan, menonjolkan barang sedia ada dan meletakkan di tempat yang mencerminkan pandangan yang anda suka! 7. Karya Seni Karya seni sangat membantu untuk menentukan keperibadian pemilik rumah dan dijadikan dekorasi ruang tamu Semoga bermanfaat! Kredit tips & imej: https://twitter.com/fabellodesign/status/1402123936687550468