7 PERKARA YANG ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMASANG WALLPAPER RUMAH!
#AdminKongsi
Kertas dinding merupakan hiasan dinding yang berbagai warna dan motif. Kertas dinding juga mampu memberi impak kepada sesebuah ruang bagi kelihatan cantik dan menarik. Selain itu, kertas dinding mempunyai daya tahan yang lama sehingga sepuluh tahun berbanding dengan cat dinding. Jika anda ingin menggunakan kertas dinding di rumah, anda perlu ketahui tujuh perkara ini.
.
1.BERSIH PERMUKAAN DINDING
.
Bagi pemasangan wallpaper anda perlu pastikan permukaan dinding bersih daripada sebarang kotoran. Aksesori dan perabot yang dipasang pada dinding juga harus ditanggalkan.
.
2.PERMUKAAN DINDING TAK RATA
.
Permukaan dinding haruslah rata untuk pemasangan wallpaper. Sekiranya terdapat sebarang lubang atau bergelombang anda harus memperbaikinya dahulu. Proses kupas dan tampalan dinding harus dilakukan terlebih dahulu.
.
3.PEMILIHAN JENIS WALLPAPER
.
Pemilihan wallpaper haruslah bersesuaian. Bagi pemasangan wallpaper yang ingin dijadikan feature wall anda harus memilih gabungan corak wallpaper yang sesuai. Wallpaper yang ingin dijadikan feature wall harus lebih kontra berbanding wallpaper yang lain.
.
4.MOTIF WALLPAPER MEMPENGARUHI KELUASAN RUANG
.
Aplikasi wallpaper bermotifkan garisan menegak dan melintang mampu mempengaruhi saiz ruang kediaman anda. Wallpaper bercorak garisan menegak membuatkan dinding kediaman anda kelihatan lebih tinggi manakala corak melintang akan memberi impak luas pada ruang.
.
5.MIX & MATCH DENGAN PERABOT
.
Untuk menaikkan ambien pada ruang kediaman, anda harus memilih warna wallpaper yang serasi dengan perabot serta kemasan lembut yang terdapat di kediaman anda.
.
6.PERALATAN YANG LENGKAP
.
Sebelum memulakan pemasangan kertas dinding anda perlu sediakan peralan yang lengkap seperti alas plastik, tangga, cutter, pensil, pita ukur, lem wallpaper, span dan plate untuk meratakan dinding.
.
7.PENATAAN CAHAYA
.
Kertas dinding akan kelihatan lebih menarik apabila dibias dengan pantulan cahaya lampu. Lantas itu, anda perlu mengenakan pemasangan lampu siling dan dinding yang bersesuaian.
.
#
SemogaBermanfaat
.
Sumber; Impiana




