7 CARA BAJET UBAHSUAI DEKORASI KEDIAMAN.
#AdminKongsi
2019 sudah menyingkap tabir. Mesti ramai antara kita ada yang berhajat untuk ubahsuai rumah. Al maklumlah, inginkan persekitaran yang segar dan baru. Tapi bajet tak berapa mengizinkan. Macam mana? Siapa kata untuk ubahsuai dekorasi kediaman memerlukan bajet yang besar? Dengan menghias sudut dan ruang tertentu, ia mampu menyerlahkan dan memberi aura baru kepada dekorasi kediaman anda. Tak perlu beli perabot baru. Ini antara tip yang p erlu anda lakukan untuk mengelak poket bocor tapi hasil ubahsuainya memang meletop.
.
1.KENALPASTI BARANG YANG TERDAPAT DI DALAM KEDIAMAN.
.
Senaraikan aksesori yang terdapat di dalam kediaman anda. Kalau boleh yang tersimpan pun dikeluarkan. Kalau ada bahagian-bahagian rak, apa kata keluarkan semua barang dari ruang tersebut. Ia lebih memudahkan anda untuk berimaginasi. Silap-silap, barang yang dah lama hilang pun boleh jumpa di sebalik himpunan buku yang dah lama bertapa tu.
.
2.PILIH LOKASI.
.
Tentukan ruang yang hendak di hias. Sebaiknya, pilih permukaan yang rata seperti meja kopi, meja sisi, tepi tingkap dan sebagainya. Ruang-ruang ini yang bakal menjadi “eye-catching” walaupun dekorasinya ringkas, kehadiran elemen dekorasi sekecil mana pun ia akan menyerlah kediaman.
.
3.“THE RULE OF THREE”.
.
Sememangnya dalam prinsip reka bentuk, elemen yang diletakkan pada sudut yang sama perlu dalam kuantiti yang ganjil. Jadi, pastikan elemen dekorasi yang dipadankan perlu dalam kuantiti 2,5 atau 7.
.
4.PADANAN SAIZ DAN BENTUK BERBEZA.
.
Dari ‘Rule of Three” tadi, pastikan padanan tersebut mempunyai saiz atau bentuk yang berbeza. Ia berupaya mengelak pemandangan atau gaya dekorasi yang bosan. Seperti contoh, susunan lilin dari rekaan yang sama namun mempunyai ketinggian yang berbeza ia kelihatan lebih menarik berbanding sebaliknya.
.
5.PILIH “STATEMENT PIECE”.
.
Pilih salah satu padanan tersebut mempunyai rekaan yang menonjol dan bersaiz besar untuk sauh kepada keseluruhan padanan sudut yang dihias.
.
6.THE STYLED LIBRARY.
.
Susun beberapa naskah buku yang mempunyi kulit dan rekaan yang menonjol di atas meja kopi,rak atau meja sisi secara kasual untuk menambah perincian dekorasi. Mulakan dengan susunan 3 naskah buku mengikut saiz atau rona.
.
7.YANG LAMA DAN BARU.
.
Bersihkan elemen dekorasi yang terdapat di dalam kediaman anda. Kalau nak lebih menarik dan mudah untuk padanan, apa kata catkan atau beri kemasan baru. Untuk suai padan yang menarik, gabungkan elemen tersebut dengan sesuatu yang baru.
.
Sumber Tips & Gambar: Impiana
.
#
TJCKongsi
#
SemogaBermanfaat




