6 ITEM PERLU ADA DI PINTU MASUK UTAMA KEDIAMAN!
Pintu masuk utama kediaman atau entryway membawa maksud laluan masuk ke dalam rumah. Ia adalah bahagian pertama yang dilalui sebaik sahaja anda menguak pintu rumah. Biasanya ia juga adalah bahagian yang selalu dibiarkan kosong tanpa hiasan.Disini, kami nak bantu anda menghias ruangan ini dan apakah aksesori dan item yang perlu ada di bahagian ini. Jom baca!
1# -- CERMIN - Kebanyakan kita suka mengambil satu pandangan terakhi r pada diri sendiri sebelum meninggalkan rumah, jadi meletakkan cermin di kawasan ini amat sesuai sekali. Cermin juga amat efektif dalam memantulkan cahaya serta berupaya membuatkan ruang kecil nampak luas.
2# -- BANGKU KECIL - Perabot ini amat sesuai diletakkan di entryway untuk membantu anda menyarung serta membuka kasut tanpa perlu duduk diatas lantai sehingga mengotorkan seluar.
3# -- MEJA KONSOL - Meja konsol sesuai digunakan apabila anda memerlukan tempat untuk meletakkan barangan yang dibawa atau dipegang sebelum keluar ke rumah dan apabila anda hendak menyarung atau menanggalkan kasut. Ia hadir dalam pelbagai rekabentuk, jadi terpulang kepada anda sebagai pembeli untuk memilikinya mengikut kesesuaian dan kegemaran anda.
4# -- TEMPAT LETAK KUNCI - Kunci kereta, kunci rumah dan segala kunci yang ada mestilah disimpan ditempat yang betul. Anda boleh letakkan mangkuk kecil di atas meja konsol sebagai tempat letak kunci atau lekatkan cangkuk yang mana ia lebih praktikal dalam mengasingkan kegunaan setiap kunci.
5# -- RAK KASUT - Meletakkan rak kasut juga amat sesuai di bahagian ini kerana ia boleh menyimpan kasut berharga anda daripada bersepah dilantai sehingga dipijak oleh ramai orang. Selain lebih praktikal, rak kasut juga akan menjadikan ruangan rumah anda lebih kemas dan teratur.
6# -- TUMBUHAN HIJAU - Bayangkan, pulang dari kerja selepas seharian bertugas di pejabat anda disambut dengan haruman segar dan tumbuhan hijau di entryway. Pasti sedikit stress anda akan hilang. Begitu juga keadaannya aapabila anda ingin keluar rumah menuju ke pejabat mencari rezeki, pasti anda mahu memulakan hari dengan sesuatu yang segar.
Sumber : Artikel Impiana




