RAHSIA MENGHIAS BILIK TIDUR KECIL & SEMPIT
Jangan jadikan saiz kecil sebagai alasan untuk tidak menghias dan mengemas bilik tidur. Tak kiralah bilik besar atau kecil, ambil masa untuk menghias dan mengemas ruangan kamar anda. Jadi, mari kami kongsikan beberapa tips untuk menghias bilik tidur kecil anda!
GUNA WARNA PASTEL - Pemilihan warna mampu memberi impak keluasan pada ruang bilik anda. Malah, ia juga dapt memberi mood tenang kepada anda. Pilih warna yang sesuai dengan bilik tidur anda seperti warna putih, biru muda, hijau muda dan kelabu lembut. Pemilihan warna gelap juga boleh, namun hanya di beberapa bahagian dinding sahaja (feature wall).
PEMILIHAN PERABOT - Dah siap cat, jom masukkan perabot semula mengikut kedudukan bersesuaian. Sesebuah bilik tidur hanya memerlukan katil, meja sisi dan almari sahaja. Jangan lupa, pilih saiz katil yang bersesuaian dengan bilik tidur anda.
RUANG PENSTORAN - Inilah masanya untuk anda mengelas semula barangan yang sudah tidak dipakai dan masih dipakai. Letakkan didalam kotak-kotak untuk barangan terpakai dan labelkan mengikut kesesuaian jenis barangan.
ELEMEN CERMIN - Disarankan untuk memiliki cermin yang bersaiz besar untuk bilik tidur anda kerana cermin mampu memberikan kesan luas terhadap ruang bilik.
PENCAHAYAAN - Dapatkan lampu tidur mengikut kesesuaian bilik anda. Terdapat pelbagai jenis lampu untuk kamar tidur seperti lampu meja, lampu dinding malah lampu yang terletak pada kepala katil anda. Pilih yang bersesuaian dan nikmatilah malam yang tenang dan romantik.
KEMASAN LEMBUT - Kemasan lembut yang dimaksudkan disini adalah seperti cadar, langsir dan fabrik yang terdapat dibilik anda. Pilihlah warna cadar yang bersesuaian dengan bilik anda kerana ia mampu memberikan mood kepada emosi anda.
Sumber : Artikel Impiana (impiana.my)




