6 TANAMAN INI BOLEH BERSIHKAN UDARA DALAM RUMAH!
This is a subtitle for your new post
1. Pokok Ular (Snake Plant)
Snake plant bukan hanya membebaskan Oksigen tetapi mampu menyingkirkan Karbon Dioksida pada waktu malam dan menapis toksin beracun dalam udara seperti Formaldehyde, Benzene dan Trichlorethylene.
2. Pokok Sirih Gading
Juga dikenali sebagai Devil's Ivy, kalau diperhatikan ia selalu ditanam dalam pejabat. Sangat sesuai kalau diletakkan di dalam pasu kecil. Pokok ini boleh menyerap Fomaldehyde dan toksin berbahaya yang lain.
3. Aloe Vera
Selalu kita tanam pokok ini di luar rumah. Kegunaannya yang kita tahu adalah untuk kecantikan kulit sahaja. Tapi ada lagi kebaikan yang lain iaitu, kalau diletakkan di luar rumah, ia mampu membunuh bahan kimia berbahaya di udara seperti Benzena.
4. Monstera Deliciosa
Daun pokok ini memang cantik. Sangat bermanfaat jika diletakkan dalam rumah kerana mampu memperbaiki kualiti udara dengan menyerap Karbon Dioksida dan menghasilkan Oksigen pada waktu malam. Ia juga mampu menyerap Formaldehyde dalam udara.
5. Dracaena
Spesis Dracaena (Sanderiana dan Marginata) menjadi penapis kepada udara yang berkuap. Bagi anda yang tidak berpeluang untuk membuka tingkap dengan kerap, memiliki pokok ini dalam rumah boleh membantu menyegarkan udara dalam rumah.
6. Spider Plant
Kelebihan meletakkan Spider Plant dalam rumah adalah ia memiliki daya serap yang sangat tinggi terhadap racun-racun di udara. Dalam masa dua hari sahaja, pokok ini boleh menyerap racun di udara sehingga 90%.
Kredit: www.vanillakismis.my/selain-pokok-ular-5-tanaman-ini-juga-…/




