TIPS RUMAH KEKAL BERSIH & WANGI
This is a subtitle for your new post
1) Habuk Tak Melekat Pada Perabot
Pening perabot dan rumah cepat berhabuk walaupun dilap berkali-kali? Ini tips yang anda patut cuba.
Bahan:
-1 penutup pelembut fabrik
-10 cawan air
Cara:
Bancuh kedua bahan hingga sebati, kemudian lapkan pada semua perabot anda. Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah berbau lebih harum.
2) Kilatkan Lantai Rumah
Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa, sebaliknya cuba tips ini.
Bahan:
-1 penutup pencuci lantai
-Cuka
-Air panas
Cara:
Mulakan dengan menyapu sampah sehingga lantai bersih. Kemudian satukan kesemua bahan dan mop pada lantai. Lantai akan lebih licin dan berkilat seperti jubin baru.
3) Wangikan Rumah
Selain menggunakan penyegar udara, anda boleh cuba tips ini untuk pastikan rumah lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.
Bahan:
-1 penutup pelembut fabrik
-Cuka
Cara:
Senang sahaja. Campurkan kedua bahan ke dalam penyembur dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini akan memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik turut disembur. Baunya akan tahan lebih lama dan paling penting wangi!
4) Segarkan Bilik Air
Kebersihan bilik air adalah sangat penting untuk dikekalkan supaya sentiasa segar dan tidak berbau. Apa kata anda cuba tips mudah ini untuk segarkan bilik air di rumah.
Bahan:
-1 sudu teh soda bikarbonat
-1 sudu teh cuka
-1 cawan air
Cara:
Satukan kesemua bahan dan masukkan dan masukkan ke dalam penyembur. Kemudian semburkan ke seluruh bilik air anda. Hasilnya bilik air akan lebih segar dan wangi.
Semoga bermanfaat!
Kredit: https://www.keluarga.my/ikut-tip-ini-jika-mahu-rumah-sentiasa-wangi-dan-bersih-ibu-superbusy-sesuai-...




