7 TIPS DEKORASI DAPUR MENARIK
This is a subtitle for your new post
1. Keluasan Ruang Di Dapur
Bagi yang mempunyai ruang dapur yang terhad dan sempit, ia memerlukan sedikit kebijaksanaan dan daya kreativiti anda dalam membuat susun atur. Tapi, ruang yang kecil bukan penghalang untuk menghasilkan dekorasi dapur yang menarik. Rekaan kabinet dapur (Ceiling Height) boleh dijadikan pilihan untuk mendapatkan ruang penyimpanan yang maximum.
Apa yang penting, pastikan keputusan untuk memilih susun atur kabinet dapur tidak akan halang laluan dan pergerakan anda ketika memasak di dapur dan ruang simpanan dapat tampung smua peralatan di dapur.
2. Peralatan Di Dapur
Kabinet dapur dan set kerusi mej adalah asas bagi sebuah dapur. Anda perlu sedikit sentuhan kreativiti dalam memastikan kedudukan peralatan ini berada di lokasi yang berdekatan tetapi mempunyai ruang yang selamat untuk memudahkan anda bergerak dan melakukan aktiviti di dapur.
Rancang ruang simpanan setiap peralatan supaya selamat dan tidak bahaya di kemudian hari. Konsep (Tall Unit Kitchen Storage) sama ada untuk memuatkan oven atau microwave, ia juga boleh dijadikan ruang penyimpanan untuk peralatan besar dalam kabinet dapur.
3. Pencahayaan Dan Pengudaraan Di Dapur
Terbahagi kepada 2 iaitu (Natural) bukaan tingkap dan (Mechanical) kipas & lampu. Pastikan lampu berada di kedudukan dan posisi yang betul dan tepat agar anda tidak membayangai tempat kerja anda serta cukup terang untuk anda melihat sesuatu benda dengan mudah.
Penggunaan (Roller Blind) yang cerah boleh dijadikan pilihan untuk ruang dapur tampil cerah dan luas. Konsep (Light Trough) yang di letakkan di bawah kabinet gantung (Wall Unit Kitchen), selain fungsi untuk dekorasi, ia juga boleh menambah pencahayaan di ruang dapur.
4. Pemilihan Material Kabinet Dapur
Tile jenis (homogeneous tiles) adalah pilihan terbaik lantai untuk pastikan ianya jenis yang tidak terlalu licin. Bahagaian dinding pula pemilihan (Backsplash Wall Kitchen) jenis licin adalah yang terbaik untuk mudah dicuci dan dibersihkan. Antara pilihan bahan adalah tiles, glass, Cerarl laminated. Pastikan bahan yang dipilih kalis air dan tahan haba dan panas.
Begitu juga dengan peralatan seperti kabinet dapur, pastikan juga ianya adalah material yang tahan pada panas, tahan basah, lasak dan mudah dicuci.
5. Pemilihan Warna Kabinet Dapur
Salah satu elemen penting konsep rekaan kabinet dapur adalah pemilihan warna. Selain itu, warna juga boleh menunjukkan ekspresi si pemilik dapur. Warna menyerlah atau cerah sangat sesuai dengan kesan kilat di permukaan. Acrilic, 3G Glass, 4G Glass, HPL Laminated antara pilihan material yang kilat. Kesan kilat dapat menonjolkan warna dan nampak lebih mewah.
Berbeza pula dengan warna gelap atau hitam, kesan warna tidak kilat (matte) lebih sesuai untuk dipilih. Tampil konsep garang dan (Modern Luxury). Kesan kotoran juga kurang nampak dengan pilihan warna gelap. Antara contoh bahan terdiri daripada Melamine Board, Spray Paint, Powder Coat, HPL Laminated.
6. Perhiasan Di Dapur
Anda boleh alaskan meja anda dan hiaskan ia dengan pasu bersama bunga yang segar. Gantunglah sesuatu di dinding dapur anda dengan perhiasan seperti gambar, jam dan apa sahaja yang menarik untuk menceriakan suasana ruang dapur anda. Berikan juga langsir atau bidai yang bersesuaian untuk tingkap, tidaklah ianya kelihatan bogel sahaja.
Untuk aksesori kabinet dan bahagian dapur, pastikan ianya sesuai dan mempunyai fungsi bila ia diletakkan. Apa yang penting ia tidak halang pergerakan kerja di dapur.
7. Keselamatan Di Dapur
Dekorasi ruang dapur juga mestilah menitik beratkan faktor keselamatan agar dapat mengurangkan risiko kemalangan. Selain itu, sediakan alat pemadam api di dapur untuk apabila berlaku kecemasan.
Peralatan tajam seperti pisau pula mestilah di kedudukan yang selamat dari mudah di capai si kecil anda. Tong gas pula sebaiknya tidak terdedah. Pendawaian elektrik tersorok dan jauh dari tempat memasak dan singki. Sediakan ruang simpanan yang cukup untuk menempatkan setiap barang dan peralatan dapur.
Konsep (Hidden Handle) pada pintu kabinet dapur sangat sesuai kerana ketika melakukan kerja di dapur, dapat mengelakkan daripada tersangkut dan terlanggar di bahagian pinggang atau baju anda. Untuk si kecil pula, dapat mengelakkan daripada hentak di kepala.
Semoga bermanfaat!




