8 TIPS SEJUKKAN RUMAH DAN BADAN TANPA AIR-COND
1) Gunakan Pelembap Udara atau “Humidifier”
Pelembap udara atau ‘humidifier’ ini tidaklah semahal ‘air-cond’ tetapi ia boleh digunakan untuk membantu menambah kelembapan udara dengan titisan-titisan wap airnya. Sekarang, ianya semakin banyak dijual di pasaraya dan juga secara ‘online’. Yang menariknya, anda juga boleh menambahkan aroma wangian untuk menambahkan kesan nyaman dan segar dalam bilik.
2) Guna Kipas Meja dan Letakkan Berdekatan Dengan Tingkap
Ini agar udara panas yang terkumpul dalam bilik dianginkan keluar. Lebih banyak kipas lagi bagus.
3) Letak Bantal Kecil Dalam “Freezer” Sejam Sebelum Tidur
Apabila ingin tidur, ambil bantal dan letakkan berdekatan dengan badan. Balut bantal dengan plastik untuk elak ais cair dan meresap ke tilam.
4) Masukkan Juga Selimut Ke Dalam “Freezer”
Lipat kecil-kecil dan masukkan dalam plastik. Sebelum tidur, bawa keluar daripada ‘freezer’. Guna cadar dan sarung bantal daripada sutera atau satin. Bahan ini menyejukkan badan.
5) Basahkan Sapu Tangan Dan Letak Di Belakang Leher
Ini kerana bahagian ini adalah sensor yang mengawal suhu badan. Jika leher sejuk, maka seluruh badan juga akan rasa sejuk.
6) Beralih Tempat Tidur
Baring atas lantai beberapa minit jika tilam terasa panas dan membahang. Kemudian kembali semula pada tilam.
7) Buat “Air-Cond” Sendiri
Bekukan air botol semalaman. Apabila panas, ambil dan letak di lantai betul-betul di bawah kipas siling atau posisikan kipas meja di belakang air botol beku tadi. On kan kipas dan anda akan rasa angin kipas sejuk seperti ‘air-cond’. Untuk air botol kekal beku, tabur sedikit garam ke atasnya.
8) Minimakan Haba
Tutup semua perkakasan elektrik yang menjana haba seperti ‘laptop’, lampu dan televisyen sebelum tidur.
Kredit: https://siraplimau.com/cara-sejukkan-rumah-tanpa-air-cond/




