6 TIP MUDAH UNTUK DAPUR YANG BERSIH DAN SEGAR!
6 TIP MUDAH UNTUK DAPUR YANG BERSIH DAN SEGAR!
.
1# PERALATAN KERING
Pastikan segala peralatan dapur anda dilap kering sebelum diletakkan dalam bekas atau digantung pada cangkuk. Jangan biarkan air bertakung didalam mangkuk peralatan.
.
2# JANGAN TANGGUH!
Jangan tangguh untuk membuang sampah didalam tong atau bilik sampah yang disediakan oleh majlis bandaraya serta jawatankuasa penduduk. Mahukah anda ingin bau isi perut ikan menyelubungi kediaman anda?
.
3 # CUCI PINGGAN MANGKUK
Pastikan anda mencuci bersih segala pinggan dan mangkuk yang telah digunakan sewaktu makan. Masalah ini boleh diselesaikan jika anda terus mencuci pinggan mangkuk setelah makan kerana bau sahaja cukup menyeksakan dan belum lagi dengan kehadiran lalat serta makhluk perosak yang lain.
.
4# BEZAKAN PAPAN PEMOTONG
Jangan campurkan papan pemotong daging dan papan pemotong sayur atau papan pemotong roti. Fokuskan cucian terhadap kesan potongan pisau kerana tanpa kita sedari, terdapat jutaan bakteria yang membiak di dalam ruang potongan kecik tersebut.
.
5# LILIN AROMATERAPI
Gunakan lilin aromaterapi sebaik sahaja anda selesai mengemas dapur sebagai satu alternatif daripada menyembur pewangi. Bauan seperti serai atau lemon juga amatlah sesuai untuk digunakan.
.
6# CUCI KAIN LANGSIR DAPUR
Pastikan anda kerap mencuci kain langsir yang menghiasi dapur anda. Terutamanya penggunaan langsir yang menggunakan material cotton kerana ia meresap segala partikel halus masakkan dan berpotensi memerap bau yang tidak menyelesakan. Jika anda menggunakan sistem ventilasi udara, pastikan anda mengikut jadual servis berkala yang ditetapkan.
.
Sumber : Artikel Impiana (Impiana.my)




