HIASAN RUANG TAMU KECIL - 5 TIPS & TRIK PATUT CUBA!
#1 : GUNAKAN CERMIN HIASAN
Trik menggunakan cermin pada dinding selalu digunakan oleh kebanyakkan pakar hiasan dalaman untuk pastikan ruang nampak lebih luas.
#2 : GUNA WARNA NEUTRAL UNTUK RUANG TAMU
Warna neutral lebih diberi keutamaan kerana ia mampu bangkitkan rasa tenang dan buat ruang tamu nampak lebih luas. Jika inginkan kelainan, boleh gunakan sedikit warna kontra untuk menaikkan seri ruang.
#3 : GUNA MEJA KOPI YANG SESUAI
Gunakan meja kopi yang sesuai dengan saiz ruang anda. Dari sebuah meja kopi bersaiz besar boleh tukar kepada 2 meja bulat yang bersaiz kecil. Bukan saja cantik, malah bagus untuk “traffic flow” dan mudah alih.
#4 : PILIH PERABOT BERSAIZ KECIL
Saiz perabot adalah penting untuk diambil kira agar ruang tamu kecil tidak terlalu sesak. Dan gunakan perabot yang tak terlalu besar untuk menjimatkan ruang. Gunakan konsep ‘less is more’.
#5 GANTUNG HIASAN DINDING
Anda boleh tampilkan hiasan dinding untuk berikan ilusi berbeza dan ini helah untuk membawa mata fokus kepada hiasan dinding yang seterusnya menjadikan ruang nampak lebih luas. Contoh lain adalah penggunaan kaligrafi untuk hiasan dinding dapat memberikan identiti tersendiri kepada pemilik rumah.
Sumber : hias.my




