7 LANGKAH SEBELUM ANDA BELI PERABOT SECARA ONLINE
Kalau anda lihat, ada banyak online platform yang telah menjual pelbagai kelengkapan rumah. Bermula dari barangan dapur, kelengkapan diri, pakaian sehingga ke set perabot. Semuanya boleh didapatkan menerusi satu klik sahaja. Tapi anda perlu buat penyelidikan secara online terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran. Hal ini meliputi seperti material, jenis, warna dan saiz serta ketahui status dan kredibiliti kedai atas-talian bagi mengelakkan anda isu-isu negatif yang berkaitan dengan penipuan (scam dan fraud).
So harini kami nak share tujuh langkah yang perlu anda lakukan sebelum mula membeli perabot secara online:
1) Ketahui masa terbaik untuk membeli.
Sebagai contoh, anda mungkin boleh melihat waktu-waktu tawaran promosi yang berhampiran sebelum mula membeli. Hal ini dapat mengurangkan bajet untuk pembelian barangan yang anda ingini.
2) Kaji semula dasar pengembalian (return policy).
Ia adalah penting untuk anda mendapatkan jaminan untuk barangan yang dibeli. Sekiranya peruncit atau platform tidak memberikan jaminan ini, pembelian anda akan menjadi berisiko dan sukar untuk di kembalikan jika ia berada di dalam keadaan tidak baik.
3) Pertimbangkan harga barangan di platform atas-talian dan juga di kedai fizikal.
Bandingkan harga di kedua-dua kedai. Dengan ini, ia memudahkan untuk anda membuat pilihan dengan bijak sekiranya anda ingin mendapatkan barangan pada harga yang rendah.
4) Lihat ulasan pelanggan.
Pengalaman dan ulasan sebelum ini semestinya dapat membantu anda mengetahui keadaan barang dan juga servis yang diberikan peruncit.
5) Letakkan ukuran perabot pada pita pengukur.
Ia bagi memastikan anda mendapat gambaran awal mengenai saiz perabot sama ada bersesuaian atau tidak dengan kapasiti rumah anda.
6) Perhatikan kos penghantaran.
Anda juga perlu menyemak jumlah kos untuk penghantaran ke rumah anda.
7) Semak potongan harga atau diskaun yang diberikan.
Walaupun diskaun tahunan sudah menjadi kebiasaan, namun anda harus berhati-hati dengan potongan harga yang sangat banyak untuk perabot berjenama.
Semoga bermanfaat!
Kredit tips & imej: https://tajria.com/2020930




