7 PERKARA PENTING BILA MEMILIH MEJA MAKAN
#1 --- RUANG - Kenal pasti saiz ruang makan terlebih dahulu. Anda perlu mengukur saiz ruang yang ada untuk kesesuaian meja makan yang akan dimuatkan di ruang tersebut. Ukuran yang dibuat begitu penting kerana ditakuti meja makan tersebut terlalu besar untuk satu ruang yang agak sempit.
#2 ---- MEJA BULAT - Bagi kediaman yang mempunyai ruang terhad, pemilihan meja bulat besar begitu digalakkan kerana meja bulat tidak mempunyai sudu t dan tidak mengambil ruang yang begitu besar untuk menempatkannya. Kehadiran meja ini sesuai untuk kumpulan kecil selain mudah untuk berkomunikasi.
#3 --- MEJA SEGI EMPAT - Pemilihan meja segi empat pula sesuai bagi ruang yang luas dan mempunyai banyak kerusi. Ia boleh memuatkan lebih ramai orang berbanding meja makan yang lain.
#4 --- BAJET - Jika anda mempunyai bajet yang lebih kecil maka anda mungkin perlu mempunyai kualiti meja makan yang tidak memakan belanja yang begitu besar.
#5 ---- RUANG DAPUR - Jika ruang makan anda sebahagian dari dapur, anda boleh memilih meja makan yang lebih kasual kerana kedua-duanya saling berkaitan dan sering digunakan.
#6 --- KEKERAPAN PENGGUNAAN - Pemilik juga harus memikirkan tentang kekerapan menggunakan meja makan sebelum mengambil keputusan untuk membeli. Sama ada meja makan tersebut digunakan secara rasmi atau sebaliknya.
#7 --- MATERIAL - Pemilihan meja makan harus berdasarkan kepada material terbaik agar ia mudah untuk disesuaikan dengan situasi penghuni kediaman. Kemasan kayu juga menjadi antara salah satu material hebat yang tidak harus dilupakan. Ia mudah digilap dan mempunyai kemasan berkilat. Jika anda mempunyai anak, jari kotor akan mengotori meja kaca dan mempunyai risiko tinggi untuk pecah.
Sumber : www.karangkraf.com




