5 SEBAB RUANG TAMU TIDAK MENARIK!
Kesilapan #1 : Memilih Sofa Yang Salah
Keselesaan sofa merupakan salah satu kunci bagi mendapatkan ruang tamu yang sempurna. Saiz, ketinggian dan material sofa perlulah seiring dan bersepadanan dengan ruang yang ada. Bagi mengelakkan pemilihan sofa yang salah, beli sesuatu yang simple dan mudah. Jauhi sofa detailing yang keterlaluan kerana sofa sebegini sukar untuk digayakan dan perlu selalu diganti.
Kesilapan #2 : Membeli Karpet Yang Terlalu Kecil
Perkara yang nampak remeh dan mudah tetapi pastikan saiz ruang tamu dan karpet bersepadanan dan tolong jauhi karpet kecil yang langsung tidak sesuai untuk ruang tamu anda.
Kesilapan #3 : Susun Atur Perabot Yang Tidak Sesuai
Walaupun anda rasa sofa yang ditolak rapat ke dinding mengadap TV akan nampak menarik, tetapi ia tidak semudah yang disangka. Anda perlu letakkan effort dan pemerhatian untuk mendapatkan ruang tamu idaman. Penting untuk pertimbangkan dan membuat perbincangan menyeluruh lebih-lebih lagi jika ruang anda terhad dan sempit
Kesilapan #4 : Mewajibkan TV
Anda tidak wajib meletakkan TV jika tiada keperluan. Anda boleh meletakkan perabot yang lebih bermakna seperti rak buku atau meja konsol pada ruang yang kosong tersebut.
Kesilapan #5: Lukisan Dinding
Jika diletakkan pada ketinggian yang tidak sesuai, ia membuatkan tetamu fikir anda tidak kisah tentang penampilan ruang. Jadi letakkan atau gantungkan beberapa lukisan dinding yang sesuai di kediaman anda mengikut ketinggian dan di tempat yang betul.
Sumber : Artikel Impiana




