3 TIPS PENTING PEMILIHAN KARPET UNTUK RUANG SEMPIT NAMPAK LUAS!
#1 -- PENGGUNAAN KARPET BROADLOOM
Pemasangan karpet broadloom menghampiri keseluruhan ruang iaitu dari dinding ke dinding dan pastikan rona karpet yang digunakan berwarna polos. Karpet yang hanya menghampiri ruang tertentu akan mempunyai perubahaan terhadap tekstur lantai sesuatu ruang. Ini akan mewujudkan kesan visual sempadanan dan menghadkan pemandangan serta menyebabkan ruang kelihatan lebih sempit.
.
#2 -- SAIZ KARPET
Jamgan tersalah pilih saiz tau! Pemilihan saiz bagi sesuatu ruang sangat subjektif namun sebaiknya pastikan perabot perlu berada di atas karpet atau paling tidak, pastikan kaki bahagian perabot seperti sofa, almari terletak di atas karpet.
.
#3 -- WARNA
Ramai yang ingat pemilihan warna rona cerah dan terang akan memberi impak ruang kelihatan luas dan kebiasaannya warna putih menjadi pilihan. Namun begitu, tak salah untuk memilih warna lain yang terang dan pastel. Rona terang dapat menerima reflect pencahayaan sama ada semula jadi atau artificial lebih tinggi berbanding warna hitam.
.
.
Sumber : Artikel Impiana




