TIPS MENJAGA KEBERSIHAN TANDAS ANDA!
#1--- TUTUP MANGKUK TANDAS
Ada sebab kenapa mangkuk tandas duduk dilengkapi dengan penutup. Tabiat tidak menutup penutup mangkuk tandas menyebabkan partikel air dari proses flush akan terpercik keluar dari mangkuk dan terkena pada bahagian-bahagian lain dalam tandas seperti berus gigi, sabun dan sebagainya. So, kekalkan amalan menutup penutup mangkuk tandas anda selepas menggunakan.
#2 ---SIMPAN BERUS GIGI DIDALAM BEKAS YANG BETUL
Mungkin kita selalu guna kaedah menyimpan berus gigi didalam bekas yang tertutup untuk menghindari dari tercemar dengan bakteria kan? Sebenarnya, berus gigi yang telah digunakan dan masih basah disimpan terus didalam bekas tertutup lebih menggalakkan pembiakan bakteria dan kawasan yang lembab merupakan habitat terbaik pembiakkan bakteria.
#3 --- ELAKKAN BARANG MAKE UP
Memang mudah untuk bersolek jika barang make up disimpan didalam bilik air, tetapi sebenarnya amat tak sesuai untuk meletakkan barang make up seperti lipstik atau berus di bilik air. Kondisi bilik air yang lembab akan menggalakkan pembiakkan bakteris pada barang make up walaupun disimpan di dalam bekas tertutup dan sekaligus menyebabkan barang make up mudah rosak.
#4 -- TUKAR LUFFAH ATAU BERUS BADAN SETIAP 3-4 MINGGU
Lagi kerap anda guna, lagi perlu untuk gantikan yang baru. Ini disebabkan tekstur penyental yang berserabut terutamanya yang diperbuat dari serat petola menjadi habitat sempurna bagi bakteria.
#5 -- SIDAI TUALA, BUKAN SANGKUT
Good “rule of thumb” tuala perlu dicuci atau ganti setiap lepas 3 kali digunakan. Itu pun jika anda sidai selepas menggunakannya. Tapi, jika sekadar sangkut atau gantung tuala, kondisinya yang lembap akan menggalakkan pembiakan bakteria dan sebab itulahhh, tuala mudah bertahi lalat.
#6 -- PENGUDARAAN
Pastikan tingkap sentiasa dibuka agar dapat mengurangkan kadar kelembapan didalam bilik air dengan kadar segera.
Jadi, silalah amalkan tips di atas ini untuk bilik air yang bersih dan segar!
Sumber : www.goodhousekeeping.com




