TEKNIK BETUL MENGECAT PERABOT KAYU AGAR LEBIH KEMAS & MENARIK
#-- Pemilihan cat haruslah bersesuaian dengan kayu. Cat jenis ini kebanyakkan tidak mengeluarkan bau seperti cat yang lain. Bahan asasnya iaitu air memudahkan anda untuk tidak mengunakan turpentine.
#-- Sebelum proses mengecat, gosok dahulu permukaan kayu perabot dengan kertas pasir halus supaya tiada sebarang kotoran. Permukaan kayu yang bebas daripada kotoran memudahkan proses mengecat dan lapisan cat melekat dengan baik pada perabot. Lap permukaan kayu dengan kain basah bagi meresap debu dan biarkan ianya mengering.
#-- Cat permukaan kayu yang telah disapu dengan primer kayu atau primer serbaguna (gunakan primer serbaguna jika anda ingin mengecat pada permukaan cat lama.
#-- Biarkan kering sepenuhnya lalu gosok sekali degan menggunakan kertas pasir yang halus secara perlahan dan bersihkan debu dengan kain basah.
#-- Gunakan berus sebagai medium sapuan. Sebaiknya sapuan itu mestilah dua atau tiga lapisan kerana andai hanya sekali sapuan maka ia akan kurang berkesan dalam memberi perlindungan pada permukaaan perabot kayu.
Sumber : Artikel Impiana




