JENIS - JENIS BIDAI
#1 Bidai Gulung (Roller Blind)
- Kebanyakkan jenis bidai gulung ni selalu kita nampak di pejabat terapi bidai gulung ini juga boleh dipasang di rumah. Menggunakan fabrik keras yang boleh digulung keatas untuk pembukaan dan kini hadir bermotor atau manual menggunakan tali bermanik pada penghujungnya.
#2 Bidai Menegak (Vertical Blind)
- Bidai ni pula selalunya kita lihat di kawasan hospital. Bidai ini dipasang menegak dan bergerak ke sisi untuk dibuka dan ditutup. Terdiri dari fabrik, plastik atau aluminium dan mudah dikawal menggunakan rantai kunci di hujungnya.
#3 Bidai Bulu/Bidai Kayu ( Wood Window Blind)
Bidai ini selalunya digunakan untuk kegunaan luar (outdoor blind) atau dikawasan dapur. Bagi yang sukakan dekorasi rumah, bidai ini sesuai dan patut menjadi pilihan kerana ia memberikan suasana yang antik dan tenang seperti dikampung.
#4 Bidai Aluminium ( Venetian Blind)
Bidai jenis menegak yang bilahnya dibuat dari aluminium. Ia dibina melintang dan boleh ditarik ke atas atau dicondongkan mengikut kesesuaian laras cahaya yang dikehendaki.
#5 Langsir Bidai (Roman Blind)
Pilihan paling popular jika berbicara mengenai bidai untuk hiasan dalaman. Boleh diperbuat dari apa sahaja fabrik mengikut kehendak anda termasuk fabrik yang digunakan untuk langsir. Kemas dan teratur.
Sumber : glam.my




