7 TIPS BIJAK UNTUK PETI SEJUK KEMAS DAN TERSUSUN
Peti sejuk yang tersusun dan kemas bukan hanya memudahkan anda untuk mencari barang, tapi memberi ruang simpanan yang secukupnya. Berikut, beberapa idea praktikal, bajet dan mudah untuk memastikan peti sejuk anda tersusun rapi.
1. Bekas Makanan Cepat Luput
Sediakan satu bekas atau ruang untuk letakkan barang-barang atau makanan yang cepat rosak atau tarikh luput singkat. Lagi mudah kalau label pada bekas tersebut seperti “EAT ME FIRST”. Langkah ini dapat mengelakkan dari berlakunya pembaziran.
2. “LAZY SUSAN” Dalam Peti Sejuk?
Ini adalah salah satu idea yang bernas untuk pastikan makanan dalam botol atau tin mudah dicari. Susun botol atau tin yang tinggi di bahagian tengah dan sebaliknya. Bila mencari makanan, anda hanya perlu pusingkan.
3. Bekas Telur Untuk Susun Botol
Botol mayonis, madu, sos yang direka bentuk di dalam botol terbalik atau upside down agak sukar disusun di dalam peti sejuk kerana ia mudah jatuh. Penyelesaian terbaik adalah gunakan bekas atau kotak telur sebagai wadah untuk memastikan botol-botol tersebut tidak mudah jatuh.
4. DIY Bekas Simpanan Magnet
Dapatkan lembaran magnet yang boleh didapati di kedai hardware dan tampalkan pada bekas yang bersesuaian. Kaedah ini sesuai untuk bekas kecil dan tak terlalu berat. Kebiasaannya juga ia sesuai untuk simpan herba-herba kering.
5. Rak Gantung Dalam Peti Sejuk
Guna sebaik mungkin ruang kosong yang terdapat di dalam peti sejuk. Rak lantai penuh, namun masih terdapat kekosongan di bahagian atas. Gunakan klip kertas atau klip langsir untuk makanan yang berkampit.
6. Bakul Gantung
Beli bakul dinding atau bakul gantung yang selalu digunakan sebagai bekas berus gigi di dalam tandas sebagai ruang simpanan tambahan di dalam peti sejuk.
7. Bekas Susun Fail
Jika anda ada bekas susun fail dari plastik yang tak digunakan, jadikan ia sebagai ruang simpanan untuk makanan ringan, buah dan sebagainya di dalam peti sejuk.
Sumber & Kredit: https://cdn.impiana.my/7-trik-bijak-untuk-peti-sejuk-kemas…/




