TIPS PENTING DALAM PEMILIHAN LANGSIR BLACK OUT & DIM OUT
Tidur yang lena dan berkualiti sangat penting untuk kesihatan. Untuk pastikan anda dapat tidur yang lena dan berkualiti, persekitaran bilik seharusnya gelap. Walaupun dengan pengamatan cahaya yg sedikit, ia akan menyebabkan minda kita rehat secukupnya dan memberi input kepada otak untuk bangun tidur. Namun, pemilihan sama ada menggunakan langsir Black Out atau Dim Out keduanya amat penting.
Langsir Black Out
1) Diperbuat dari kain tebal atau langsir biasa yang dilekat dengan lapisan lebih gelap.
2) Langsir Black Out boleh menghalang cahaya dari jendela atau pintu gelongsoran dari masuk ke dalam kediaman 100%.
3) Berupaya menghalang gelombang infra merah dari memasuki kediaman sehingga 80%. Secara tak langsung, ia dapat mengurangkan kadar haba terperangkap di dalam rumah dan mengurangkan penggunaan elektrik untuk air-cond.
4) Tambahan lagi, langsir Black Out sesuai bagi ruang yang mempunyai pengamatan cahaya tinggi terutamanya di dalam bilik. Kebiasaannya langsir jenis ni digunakan secara meluas di dalam industri hospitaliti, kapal persiaran, kesihatan, pendidikan dan pelbagai lagi.
Langsir Dim Out
1) Diperbuat dari kain yangs sedikit jarang.
2) Berfungsi seperti langsir Black Out, tapi mempunyai kadar pengamatan cahaya yang sedikit.
3) Kurang upaya halangan pencemaran bunyi dan tidak memberi privasi yang optimum.
4) Berupaya menapis keamatan cahaya 98% dan hanya dibezakan 2% dari langsir Black Out.
5) Kebanyakan langsir Dim Out mudah untuk dicuci berbanding langsir Black Out yang hanya sesuai untuk cucian kering. Ini bermakna, dari segi kos, fabrik langsir Dim Out lebih murah dan mudah untuk diuruskan berbanding langsir Black Out.
6) Jadi, langsir jenis Dim Out kebiasaannya menjadi pilihan untuk rumah dan indsutri hospitaliti bajet disebabkan kosnya yang rendah.
Semoga bermanfaat!
Sumber & kredit : https://www.impiana.my/ketahui-kenapa-pemilihan-langsir-bl…/




