7 TIPS JADIKAN RUANG KECIL TAMPAK LEBIH LUAS.
#AdminKongsi
#1 GUNAKAN CERMIN
.
Perkara paling asas untuk ruang kecil. Cemin berupaya memantulkan cahaya kepada seluruh ruang di kediaman justeru menjadikan ruang tampak lebih luas serta lapang tanpa terlalu menyemakkan.
.
#2 KURANGKAN PERABOT
.
Kuantiti perabot pada sesebuah ruang cukup hanya yang asas dan perlu sahaja. Tak perlu pun perabot yang banyak, cukup dengan meletakkan sebuah statement piece sebagai penyeri ruang.
.
#3 SUSUNAN PERABOT
.
Cuba jangan rapatkan sofa ke dinding dan ciptakan sebuah sudut di belakangnya. Jika kesemua perabot diletakkan rapat ke dinding, ruang akan nampak sempit dan terhad.
.
#4 BENTANGKAN KARPET CORAK BERJALUR
.
Untuk menciptakan ilusi ruang lebih panjang dan juga luas, gunakan karpet dengan corak stripes atau jalur.
.
#5 CAT DINDING DENGAN WARNA TERANG
.
Warna terang atau cerah akan menjadikan ruang kelihatan dan rasa lebih lapang selain dapat mengurangkan haba terperangkap.
.
#6 PASANGKAN WALLPAPER PADA SILING
.
Dengan menampalkan wallpaper pada siling, mata kita akan cenderung untuk memandang secara menegak atau upwards dan memberi ilusi yang lebih tinggi dan luas.
.
#7 GANTUNG WALL ART BERSAIZ BESAR
.
Gantungkan sebuah art piece pada feature wall sebagai fokal sesebuah ruang. Ilusi saiz akan membuatkan ruang kelihatan lebih luas berbanding saiz sebenar.
.
Sumber Artikel: Impiana
.
#TJCKongsi #AdminKongsi #SemogaBermanfaat




