TIP BIJAK MEMILIH PERMAIDANI UNTUK KEDIAMAN ANDA!
#AdminKongsi
* Untuk ruang kediaman yang minimalis anda boleh memilih permaidani dengan warna menarik tetapi tidak perlu terlalu banyak motif.
.
* Pilih satu warna permaidani sahaja untuk menghadirkan kesan ruangan yang sudah terasa penuh atau banyak perabot. Namun untuk ruang yang lapang dan kelihatan kosong, anda boleh memilih permaidani dengan kombinasi warna yang bersesuaian.
.
* Pilih warna permaidani yang sesuai dengan fungsi ruang. Seperti ruang bilik tidur anda boleh memilih warna yang lembut dan mampu memberikan keselesaan.
.
* Untuk ruang tamu, pilih warna permaidani yang mampu membangkitkan suasana ruang. Anda boleh membandingkan warna permaidani dengan reka bentuk sofa, jika sofa bermotif anda boleh memilih jenis polos dan sebaliknya jika sofa anda tidak bercorak.
.
* Untuk menampilkan kesan yang teduh pada ruangan anda boleh memilih warna neutral dengan tekstur yang halus daro bulu-bulu permaidani.
.
* Pilih warna yang mampu mencerahkan dan menyerlahkan suasana sebuah ruangan. Misalnya warna hijau, emas ungu ataupun warna hitam dan putih.
.
Sumber Artikel: Impiana
.
#TJCKongsi #AdminKongsi




