CARA MEMPERBAIKI CAT PADA DINDING ATAU TEMBOK YANG MENGGELUPAS!
#AdminKongsi
#1 BERSIHKAN DINDING DAN KUPAS CAT LAMA.
.
Bersihkan terlebih dahulu dinding anda dari sebarang kotoran. Setelah selesai, kupas atau singkirkan semua lapisan cat lama. Boleh guna water pressure atau kikis dengan scrap. Hal ini membantu cat baru yang dialis dapat diserap dan lekat sempurna pada permukaan dinding.
.
#2 HALUSKAN PERMUKAAN DINDING.
.
Selesai menyingkirkan lapisan cat pada dinding, gunakan kertas pasir untuk menghaluskan permukaan yang kasar. Disamping itu juga, teknik ini juga dapat menanggalkan lapisan cat degil yang sukar ditanggalkan. Teknik ini dapat memastikan dinding anda dalam keadaan kemas dan sedia menerima cat baru. Secara tidak langsung, ia dapat memberi cat yang lebih kemas dan cantik.
.
#3 BERSIHKAN DENGAN AIR BERSIH.
.
Langkah terakhir membersihkan tembok atau dinding yang menggelupas adalah cucian menggunakan air. Siram air bagi menyingkirkan kotoran yang tersisa terutamana habuk yang terhasil disebabkan dinding yang digosok dengan kertas pasir. Selesai dicuci dengan air, biarkan dinding kering sepenuhnya sekurang-kurangnya 3-4 jam.
.
#4 APLIKASI CAT
.
Selesai dinding kering sepenuhnya, proses mengecat bolehlah dilanjutkan. Permulaan proses mengecat, cat asas atau dasar perlu dilakukan. Pilih cat asas yang kurang kandungan kapurnya atau Alkali Resisting Primer untuk memastikan lapisan cat yang kedua dapat lekat sepenuhnya. Pastikan cat asas di sapu sepenuhnya dan rata hingga menutup pori dinding.
.
#5 ALIS CAT BERWARNA.
.
Kebiasaannya, cat asas mengambil masa 3 jam untuk kering sepenuhnya. Selesai kering, bolehlah disapukan warna cat yang menjadi pilihan. Pastikan anda menggunakan roller untuk permukaan mendatar luas dan berus bagi kemasan bersudut sempit dan kecil. Lakukan teknik mengecat dari atas ke bawah. Dan pastikan, ketika sapuan cat pada berus atau roller tidak kering. Jika terlalu kering, ia akan meninggalkan kesan tekstur yang tidak menarik. Jika perlu, cat berwarna perlu di lapiskan sekali lagi selepas lapisan pertama kering sepenuhnya untuk mendapatkan kesan warna yang lebih menarik.
.
Sumber Artikel: Impiana
.
#TJCKongsi #SemogaBermanfaat




