6 TIPS MEMILIH LAMPU DI SETIAP RUANG KEDIAMAN ANDA
1.Ruang Tamu
- Kipas Siling Berlampu: Kipas siling kini didatangkan bersama set lampu yang dapat menerangi ruang tamu agar fungsinya lebih efektif.
- Downlight: Lampu jenis ini biasanya dipasang dipermukaan siling. Lampu ini sering menjadi pilihan ramai malah turut popular terutamanya dipasang di ruang tamu.
- Lampu Berdiri: Bagi ruang tamu yang luas, pastinya pencahayaan diperlukan lebih spesifik terutamanya di ruang membaca. Lampu berdiri dan lampu meja adalah pilihan yang terbaik. Lampu jenis ini mampu menghasilkan pencahayaan bagi persekitaran lebih selesa tanpa menggunakan tenaga eletrik yang berlebihan.
2.Dapur
- Lampu Sorot: Lampu sorot (track lighting) menjadi pilihan utama bagi aktiviti di ruang dapur kerana memerlukan banyak sorotan cahaya dan lebih fokus.
- Lampu Gantung: Pilihan lampu jenis ini yang dikenali sebagai pendant lighting biasanya dipasang tergantung dari siling menggunakan tali atau rantai besi. Lampu gantung yang dipasang di atas kitchen island mampu memberikan elemen deko dan menambahkan personaliti kepada ruang dapur anda.
3.Ruang Makan
- Lampu Chandelier: Ruang makan adalah bahagian kediaman yang paling sesuai untuk penggunaan lampu chandelier. Pemilihan lampu yang klasik atau moden dapat memberikan sentuhan ruang makan supaya tampak lebih mewah dan versatil.
- Downlight: Downlight dipasang di sudut dinding untuk mewujudkan titik sempadan yang mengelilingi lampu chandelier. Fungsinya adalah menerangi ruang bila diperlukan dan memberi pencahayaan tambahan untuk semua ruang utama.
4.Bilik Tidur
- Lampu Dinding: Selain menambah personaliti kepada persekitaran dalam bilik tidur, lampu dinding berfungsi menerangi setiap bahagian ruang tertentu dan membekalkan cahaya yang cukup.
- Kipas Siling Berlampu: Sama seperti penggunaan di ruang tamu, kipas siling berlampu memberi fungsi dua dalam satu dan boleh juga dijadikan sumber utama pencahayaan untuk bilik tidur. Biasanya, ia juga turut dipasang bersama lampu pelbagai fungsi yang membantu memberikan mood yang sesuai dalam bilik tidur anda.
- Downlight: Lampu jenis ini adalah pilihan paling selamat. Tetapi, harus dipastikan terlebih dahulu pemilihan mentol agar tidak terlalu terang malah perlu bersesuaian dengan keperluan bilik tidur anda.
5.Bilik Mandi
- Downlight: Downlight dengan mentol ekstra terang adalah pilihan tepat untuk bilik mandi. Pilihlah mentol lampu yang tidak mudah panas kerana ruang ini menpunyai tahap kelembapan dan suhu bilik yang tinggi ketika penggunaan pemanas air.
- Lampu Sorot: Penggunaan lampu sorot di bahagian cermin adalah pilihan bijak untuk memberikan cahaya paling terang terutamanya bagi wanita untuk bermekap dan bercukur untuk lelaki terutamanya di awal pagi.
6.Ruang Kerja
- Lampu Meja: Lampu meja atau lampu lantai adalah pilihan terbaik untuk ruang ini. Dengan fungsi mudah alihnya, lampu meja boleh dipindahkan atau diletakkan di bahagian lain-lain mengikut keperluan.
- Downlight: Pemilihan downlight untuk ruang kerja atau bilik bacaan dapat memberi pencahayaan yang mencukupi bagi keseluruhan ruang tanpa meletihkan mata. Ini adalah disebabkan kedudukan mentol yang dipasang ke dalam siling membolehkan cahaya disebarkan sama rata untuk keseluruhan ruang.
Sumber : Artikel terjemahan oleh Haneef Esquander https://www.iproperty.com.my/…/6-lighting-tips-for-every-r…/




