5 TIPS PEMILIHAN LANGSIR MENGIKUT KESESUAIAN DINDING
Hari ini admin nak kongsikan dengan anda 5 tips yang sangat penting dalam menghias jendela yang sesuai dengan dinding anda.
1. Dinding Rendah
Jika anda mendiami kediaman yang bersiling rendah, jangan gusar untuk menutup keseluruhan dinding kecil anda dengan langsir agar ruang nampak lebih luas dan tinggi.
Jika siling kediaman rendah, cari corak jejalur dan susun secara menegak atau melintang. Garisan ini memberi ilusi pada mata dan menjadikan ruang tampil luas dari yang sebenar.
2. Dinding Tinggi
Selalunya jendela yang tinggi menyebabkan kain langsir menjadi senteng. Jangan malu untuk menambah fabrik di bawah mahu pun 3/4 dari kaki fabrik langsir. Tambahkan 6 inci hingga 9 inci lebar kain tambahan dan jahitlah dengan kemas sambungannya agar membentuk garisan mewah di atas teks kain tersebut.
3. Dinding Adalah Jendela
Bagaikan akuarium, kediaman urban kini dilitupi dengan cermin jarang baru pada hampir keseluruhan dinding.
Kelebihan bidai Perancis adalah corak dan warnanya boleh ditukar tukar oleh tuannya. Anda juga boleh menggunakan bidai horizontal bagi menyukat cahaya yang tidak diperlukan dengan lebih berkesan.
4. Padanan Ideal
Pastikan anda tidak memilih rona yang bertentangan dengan skema warna yang mendominasi ruang agar pandangan fokus mata anda tidak bertelagah didalam ruang. Sebaiknya pilihlah rangkaian warna tanah yang ideal buat ruang tersebut agar teradun sempurna.
5. Kesilapan Lazim
- Memilih langsir swag di kediaman bersiling rendah dan sempit
- Memilih langsir berwarna kontra dengan dinding
- Memilih aras langsir yang agak senteng
- Memilih langsir ropol ala kedesaan dan dipadankan dengan gaya moden
- Memilih kain bercorak sarat untuk langsir rekaan berklasik swag
Sumber : Artikel Impiana
.
#panduanlangsir
#TJCkongsi




