TIPS PEMILIHAN MATERIAL LANTAI YANG TERBAIK UNTUK TANDAS ANDA
JUBIN PORSELIN
1.Kalis air, menarik dan kos efektif
2.Keupayaan menyerap air dan sifat versatile bahan ini yang datang dalam pelbagai design dan saiz
3.Perlu berhati hati dengan jubin licin apabila basah dan lebih baik memilih jubin yang mempunyai permukaan matte atau tekstur kasar untuk keselamatan
VINYL
1.Mudah dipasang sehingga anda boleh DIY
2.Pelbagai pilihan saiz dan tekstur yang memudahkan pengguna membuat pilihan mengikut kesesuaian tandas anda
BATUAN SEMULAJADI
1.Pilihan yang menarik jika mampu
2.Terdapat beberapa masalah kelembapan dengan marmar, granit, batu kapur dan pilihan lantai batuan yang lain.
3.Sifat batuan yang semulajadi keras, tahan lama mampu memberi impak visual yang menarik
ENGINEERED WOOD (KAYU KOMPOSIT)
1.Mampu menahan kelembapan
2.Dapat menyelesaikan isu kelembapan dengan asas dan lapisan papan lapis yang menyerupai fizikal kayu yang sebenar
LAMINATE
1.Pilihan yang hebat selain engineered wood
2.Mempunyai asas cip kayu yang dilapisi dengan kertas resin dengan pelbagai corak kayu
3.Tahan lama, mampu menahan kelembapan dan mudah dibersihkan
Sumber : Artikel Impiana




