TIPS HIASAN RUMAH MENJELANG RAYA
1.Mulakan dengan soft furnishings.
Ini termasuklah kusyen dan sarung kusyen, sofa dan sarung sofa, langsir, alas meja dan permaidani. Menukar sarung kusyen saja sudah cukup untuk mengubah suasana ruang tamu walaupun langsir masih sama dan pastikan temanya masih sama atau kombinasi warna atau corak sepadan dengan barangan lain di ruang itu.
2.Serikan dengan bunga.
Untuk menaikkan seri ruang tamu atau ruang makan, cara paling mudah adalah dengan membeli bunga, sama ada bunga tiruan atau bunga segar. Bunga segar pula boleh dibeli sehari sebelum Aidilfitri untuk serlahkan mood di pagi raya.
3.Sertakan tumbuhan dalam kediaman.
Selain bunga, tumbuhan hijau atau house plant boleh segera beri impak segar dalam rumah. Sama ada anda letakkan di bahagian bucu ruang tamu atau hujung koridor rumah. Antara tumbuhan hijau yang boleh anda beli adalah pohon fiddle leaf fig, monstera, strelitzia nicolai dan rhapis palm.
4.Cat dinding dengan rona segar.
Sudah sekian lama dengan dinding yang sama, kos untuk cat ruang tamu sederhana besar mungkin tidak memakan belanja besar dan anda boleh lakukannya sendiri untuk jimat upah.
5.Aroma ruang menerima tetamu.
Paling jimat adalah anda hanya perlu bersihkan ruang tamu dan ruang makan dan salin sarung kusyen dengan himpunan yang ada (kan baru juga jika setiap tahun bertukar sarung). Setelah mengemas, wangikan ruang dengan lilin beraroma atau penyegar ruang.
6.Tukar wall feature. Tak perlu berbelanja besar beli lukisan dari galeri seni, di Ikea pun ada banyak pilihan cantik atau gunakan kreativiti dengan membingkai fabrik motif indah sebagai fokus ruang. Trik dekorasi moden adalah gabungan beberapa bingkai pelbagai saiz di satu dinding.
Sumber : herinspirasi.com




