TIPS PADANAN CAT DINDING UNTUK PERABOT KAYU
Bukan semua warna cat dinding mampu menampilkan keindahan kayu. Oleh sebab itulah, ada kalanya anda mungkin merasakan perabot kayu di kediaman anda seperti kurang menyerlah. Salah satu faktornya adalah kerana kesilapan memilih warna cat. Jadi, jom lihat warna dinding apa yang sesuai untuk anda yang mencintai elemen kayu sebagai perabot kediaman anda.
1. Creamy White
Tampil sangat menyerlah bersama kayu berwarna cerah, terutama kayu berwarna madu. Agar lebih sempurna anda boleh menggunakan warna natural pada langit-langit.
2.Hijau
Andai aksen kayu di rumah anda tergolong dalam warna cerah selain cat putih untuk memberikan kesan moden, anda juga boleh membawa nuansa alam ke dalam rumah dengan memilih warna hijau muda. Namun, hindari pemakaian hijau terang sebaliknya pilihlah hijau pucat atau olive green
.
3.Beige, coklat dan kuning gading
Manakala untuk aksen kayu berwarna gelap, padanan warna cat yang sesuai adalah beige, coklat dan kuning gading untuk mengimbangkan interior rumah.
4.Kelabu
Berbeza dengan kayu-kayu "berwarna panas" kayu yang hampir berwarna putih boleh dipadankan dengan cat warna kelabu. Kayu weathered
ini akan tampil lembut dan cantik bersama dinding kelabu.
5.Biru muda
Warna ini merupakan pilihan lain untuk melengkapi trim dan lantai kayu berwarna gelap. Pilihan tersebut adalah biru muda. Sebagai contoh kayu walnut dengan jenis medium ton tampil lebih menarik dengan cat dinding biru muda.
#adminkongsi #tipskediaman
Sumber : karangkraf.com




