8 TIP BUAT RUANG TAMU NAMPAK LUAS!
Anda miliki ruang yang terhad untuk menghias? Jangan risau, itu semua boleh diatur, kita buat dia bukan dia yang buat kita ingat tu! Jom kami kongsikan serba sikit tips untuk buat ruang tamu anda nampak lebih luas dan selesa.
#1 - Pilih warna dinding dan lantai cerah, ini mampu memberikan ilusi yang lebih luas dan selesa dalam kediaman.
#2 - Jangan rapatkan perabot dengan dinding serta perhiasan yang lain, biar ada ruang diantara perabot yang membolehkan ia kelihatan lebih luas.
#3 - Pilih kertas hiasan dinding atau cat yang sesuai untuk memberi impak yang luas dalam ilusi ruang tersebut, warna dan corak amat penting untuk dititikberatkan.
4# - Guna atau gayakan perabot pelbagai fungsi untuk mendapatkan ruang yang lebih sempurna dan pelbagai kegunaan dalam masa yang sama.
5# - Pilih saiz perabot yang sesuai dengan saiz ruang kediaman anda, dan kenal pastikan perabot yang penting.
6# - Jangan pakai aksesori/ornamen ruangan yang terlalu besar.
7# - Atur rak buku agar kelihatan kemas dan rapi.
8# - Biarkan tirai jendela anda terbuka untuk membuat ruangan anda terlihat lebih cerah dan luas.
Sumber : impiana.my




