“PLAY AREA” CANTIK DI RUANG TAMU YANG ANDA BOLEH SEDIAKAN DI KEDIAMAN!
1# BENTANG KARPET
Karpet bukan sahaja memberikan keselesaan kepada si cilik ketika bermain di ruang yang disediakan, malah sebagai sistem “zone” yang memisahkan ruang bermain dan bahagian yang lain. Pilih permaidani yang berwarna warni atau mempunyai karakter yang diminati oleh anak anda. Jangan pilih karpet berbulu kerana ia mudah memerangkap habuk.
2# SEDIAKAN RUANG PENSTORAN
Sesetengah ruang dlm kediaman anda mempunyai potensi sebagai ruang bermain seperti dibawah tangga. Oleh itu sediakan kemudahan seperti bekas simpanan permainan atau rak utk memudahkan anak anda menyimpan permainan.
3# KESELESAAN OPTIMUM
Letak beberapa biji kusyen, floor pillow atau bean bag untuk menjadi tempat landing si cilik sambil bermain di sudut yang telah dipilih menjadi “play area”. Dah penat bermian, mesti nak rehat seminit dua sebelum bermain semula.
4# KELENGKAPAN
Menambah kemudahan dan keselesaan saat bermain diruang atau sudut khas dengan menyediakan kerusi atau meja mengikut kesesuaian saiz si cilik.
5# DINDING MENCONTENG
Elakkan dinding anda menjadi tempat lakaran si cilik? Sediakan sebuah dinding padu untuk menjadi papan hitam sebagai ruang lakaran. Boleh guna cat atau pelekat chalk board yang banyak terdapat di pasaran.
Sumber : impiana.my




